no comments

Keluarga Tok Guru Nik Aziz Persilakan Tun M Lawat Pusara Pada 10 Mei atau Selepas PRU…

Keluarga menyambut baik hasrat Tun Mahathir untuk menziarahi makam Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil keluarga, Ustaz Nik Adli menyatakan Tun Mahathir dipersilakan menziarahi pada 10hb Mei atau selepas itu.

“Suasana sekarang tak sesuai kerana kehadiran Tun Mahathir disyaki adalah untuk meraih undi simpati. Kita tidak mahu makam ATGNA digunakan sebagai alat politik dalam kempen pilihanraya.

Menurutnya lagi, suasana pilihanraya yang sedang hangat membuatkan keluarga mengambil keputusan itu, namun mempersilakan Tun dan sesiapa sahaja untuk melawat makam itu selepas pilihanraya.

“Selepas mengundi, nak datang berkali-kali pun tidak ada masalah. Orang kampung ada sebut nak bakar kambing”. Sambungnya sambil tersenyum.

Media sebelum ini melaporkan keluarga bekas Menteri Besar itu bertindak mengunci pintu pagar perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka pagi tadi, bagi menghalang calon Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahinya.

Tindakan mengunci pagar kubur dibuat oleh Mudir Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nik Matillah, Fazilah Hakimi kira-kira jam 9.30 pagi atas arahan anak arwah Nik Aziz, Nik Adli.

Nik Adli berkata kepada bahawa tindakan itu untuk ‘menjaga perasaan keluarga’.

“Tindakan ini dibuat atas persetujuan keluarga.

Seorang keluarga terdekat berkata arahan itu sebenarnya datang dari isteri arwah Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Anak saudara Almarhum Tok Guru, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, berkata; tindakan menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukannya bermaksud melarang ziarah yang dirancang.

“Kita tak sebut halang, tapi nak sebut, ini merupakan satu jalan yang kita tak nak buka kepada ruang perpecahan,” katanya.

Tambahnya lagi, langkah mengunci pintu tanah perkuburan berkenaan dibuat bagi menyelamatkan keluarga Nik Abdul Aziz daripada unsur-unsur yang merosakkan.

“Kami minta keluarga ini jangan dirosakkan dan jangan menjadi contoh tidak baik (kepada orang lain).

“Tuan Guru Nik Abdul Aziz dah letak asas dengan cukup baik membangunkan masyarakat dengan asas Islam, tiba-tiba datang unsur nak memecah-belahkan. Cukuplah dengan apa yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, berkata; “keputusan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad melawat kubur Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah keputusan keluarga bukan parti.

Reply