no comments

Kapten Derry City, Ryan McBride Mati Selepas Beberapa Jam Perlawanan

Kapten Pasukan Derry City, Ryan McBride Meninggal Dunia

Kelab bolasepak Derry City, kehilangan seorang lagi pemain mereka, Ryan McBride meninggal dunia selepas membawa kelab Divisyen Perdana Ireland itu menang 4-0 ke atas Drogheda United pada Sabtu lalu.

Sebelum perlawanan McBridge, 27, memberitahu bahawa dia tidak sihat.

Namun selepas beberapa jam perlawanan, McBridge ditemui mati di biliknya pada Ahad.

Punca kematian masih belum didedahkan manakala keluarganya enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.

Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Ireland berkata: “Kami amat terkejut dengan berita yang diterima @derrycityfc Captain Ryan McBridge.

“Kami tetap bersama keluarganya.”

Insiden kematian ini merupakan kali kedua buat kelab Derry City selepas penyerang Mark Farren meninggal dunia tahun lalu setelah bergelut dengan penyakit kanser.

mStar Online

Reply