no comments

Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe Letak Jawatan, Sertai FAM

Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe Letak Jawatan, Sertai FAM

Pengendali Tan Cheng Hoe, sah letak jawatan selaku ketua jurulatih Kedah dan menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk jawatan penolong jurulatih Harimau Malaysia.

Keputusan perletakan jawatan itu dibuat selepas Kedah menewaskan PKNP 6-1 dalam siangan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

Menurut Cheng Hoe, beliau terpaksa meletak jawatan walaupun tindakan itu bakal menghampakan penyokong skuad Helang Merah itu.

“Saya harap semua pihak termasuk penyokong dapat memahami keputusan saya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah, walaupun sukar tapi saya perlu berbuat demikian untuk membantu skuad kebangsaan.

“Setelah bersama Kedah sejak pertengahan 2015, saya telah mendapat kerjasama dari pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan baik selain pemain dan rakan setugas. Terima kasih kepada semua.

“Saya melalui banyak pengalaman manis bersama kedah kerana kami berjaya menjuarai Liga Premier, naib juara Piala Malaysia 2015 dan menjuarai Piala Malaysia serta menduduki tempat ketiga pada tangga Liga Super musim lalu,” katanya.

Beliau kini sedang menunggu keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai hasrat peletakan jawatan itu.

“Saya dah hantar surat letak jawatan tetapi masih menunggu keputusan daripada KFA.

“Mungkin sehari dua lagi,” katanya.

Menurut sumber rapat KFA, Cheng Hoe menerima kontrak yang ditawarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bukan atas faktor gaji yang lebih lumayan.

mStar Online

Reply