
Anda mempunyai masalah kulit? Masalah jerawat membuat kita rasa rendah diri dan malu nak berdepan dengan orang ramai.
Gaya pemakanan antara faktor terjadinya masalah jerawat. Pernahkah anda mengambil peduli dengan gaya pemakanan anda? Mungkin makanan menjadi punca masalah jerawat anda itu.
Elakkan dari mengambil makanan ini kalau nak kulit cantik
Kerepek Kentang

Siapa yang tak sukakan makanan ringan ni. Jaga-jaga, ianya bahayakan kesihatan kulit kerana diperbuat daripada minyak dan kanji. Kandungan tersebut punca terjadinya jerawat.
Minuman Kafein

Minuman berkafein punca terjadinya jerawat di wajah. Kafein menjadikan kulit tidak sihat kerana adanya kandungan kimia di dalamnya. Elakkan dari minum minuman berkafein
Keju

Keju memberi kesan negatif pada kesihatan kerana ada kandungan progesteron. Gantikan keju dengan yogurt yang tidak membahayakan kulit dan juga sangat mesra pada kulit.
Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, tetapi juga sangat bahaya untuk kulit. Rasanya ramai dah tahu bahawa makanan berminyak punca terjadinya jerawat.
Buah Mangga

Makan terlalu banyak mangga boleh meningkatkan suhu badan yang menyebabkan terjadinya bisul dan jerawat. Kandungan glisemik tinggi dalam mangga meningkatkan tahap insulin darah yang mencetuskan jerawat.
Bertih Jagung

Popcorn mengandungi lemak trans dan kanji yang memburukkan lagi jerawat pada kulit. Ia juga mencetuskan keradangan kerana kandungan glutamat yang tinggi.


