no comments

Kenali Simptom Batu Karang Yang Terjadi Pada Anda

Apa itu Batu Karang?

Batu Karang merupakan pembentukan batu di dalam saluran kencing, yang meliputi kawasan dari buah pinggang hingga ke pundi kencing. Walau bagaimanapun, secara umumnya keadaan ini dirujuk sebagai “urolithiasis”, yang merujuk kepada dalam saluran kencing. Selain menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, batu karang juga boleh mengakibatkan kerosakan atau kegagalan fungsi buah pinggang.Lebih serius, berpotensi membawa kepada jangkitan yang menghasilkan nanah di dalam buah pinggang, seterusnya membentuk bisul dalam organ tersebut. Jika kuman merebak ke seluruh tubuh tanpa rawatan segera, ia boleh membawa kepada kematian ini.

Jenis Jenis Batu Karang

JENIS-JENIS BATU KARANG
Penyakit Batu Karang boleh di kategorikan kepada empat jenis iaitu :
i. Calsium Oxalate
ii. Calsium Phosphate
iii. Batu Karang Asid Urik
iv. Cystin

Punca dan Sebab Terjadinya

Kurang Pengambilan Air
Kurang minum air boleh menyebabkannya. Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, pengeluaran air kencing berkurangan, membuatkan air kencing menjadi pekat.

Pengambilan Garam Berlebihan
Garam masakan yang mengandungi kadar natrium yang tinggi boleh meningkatkan risiko. Pengambilan berlebihan menyebabkan peningkatan kadar natrium dalam tubuh, yang meningkatkan rembesan kalsium dalam air kencing, sekaligus memudahkan pembentukan.

Lemak Omega-6
Makanan yang tinggi Omega-6, seperti lemak haiwan dan beberapa minyak sayuran, . Kajian menunjukkan bahawa lemak Omega-6 meningkatkan penyerapan oksalat dan mengurangkan pergerakan citrate dalam air kencing,

Langkah Berjaga Jaga Sekiranya Terjadi

Antara langkah yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk mencegah ialah:

  1. Minum air secukupnya – Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari kerana pesakit yang pernah mengalaminya berisiko mendapatnya semula.
  2. Kurangkan garam – Pengambilan garam berlebihan, seperti dalam makanan segera dan bergoreng, menyumbangkan
  3. Hadkan makan daging – Protein haiwan seperti daging lembu, ayam, telur, ikan, dan produk tenusu boleh meningkatkan menyebakan terjadi.
  4. 5. Jus lobak putih– Boleh diamalakn minum jus lobak putih sebagai sarapan setiap pagi. Caranya mudah, buang kulit & kisar lobak putih sehingga hancur. Anda boleh campurkan gula atau madu jika suka.

Reply