no comments

“Jangan Hanya Ikut Kepala Sendiri. Saya Nak Ingatkan TUN M, Anwar Adalah Ketua Umum HARAPAN.”- Azmin Ali

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengingatkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan.

“Saya nak ingatkan Tun Mahathir, Anwar yang sedang meringkuk dalam penjara adalah Ketua Umum kepada Pakatan Harapan. Beliau bukan sekadar Ketua Umum kepada Keadilan. Jadi sebagai Ketua Umum beliau juga berhak memberikan padangan dan cadangan”.

Jelas Azmin, sebagai Penasihat Umum Pakatan Harapan Anwar mempunyai hak untuk bersuara dan memberi pandangannya terhadap parti dalam Pakatan Harapan dan menegaskan semua pemimpin dalam Pakatan Harapan seharusnya menyelesaikan semua isu secara dalaman.

Kritikan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan itu merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang menyifatkan kandungan surat Anwar daripada penjara akan mengundang masalah kepada Pakatan Harapan ketika persiapan sedang dilakukan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Jelas Azmin semua barisan pimpinan Pakatan Harapan sepatutnya menyelesaikan semua isu secara dalaman dan bukannya membuat kenyataan secara terbuka terutamanya kepada media.

Bagaimanapun, Azmin tidak menafikan wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan.

 

“Perbezaan memang ada. Saya selalu sebut, Obama (bekas presiden Amerika Syarikat) selalu sebut democracy is noisy process, bising. Media kacau, media putar belit, media spin. Ini sebahagian daripada proses demokrasi dan saya perlu menerimanya. Soalnya bagaimana kita perlu mengurusnya. Sebagai pemimpin kita kena uruskan dengan baik dan bertanggungjawab .Buat (selesaikan) secara dalaman,” katanya di Majlis Perasmian Selangor International Business Summit 2017, hari ini.

Semalam, Tun M menegaskan Pakatan Harapan akan menamatkan segala hubungan dengan Pas dan kenyataan Anwar (Ibrahim) melalui suratnya dari penjara yang memberi lampu hijau untuk PKR meneruskan rundingan dengan Pas hanya akan mengundang masalah kepada Pakatan Harapan.

Astro Awani, Malaysiakini

Reply