no comments

Jamal Janji Selangor Setanding JDT Andai Jadi Presiden

jamalJamal Janji Selangor Setanding JDT Andai Jadi Presiden

Dalam kesibukan rakyat Malaysia yang bercerita mengenai kejayaan Mohd Faiz Subri yang merangkul anugerah di FIFA Puskas Award 2016, Datuk Seri Jamal Yunos hadir bersama penyokongnya di pejabat FAS hari ini.

Beliau dengan muka yang dicat bendera Selangor ke pejabat FAS menyerahkan surat menawarkan diri untuk menjadi Presiden FAS.

Baca berita penuh:

KELANA JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjanji akan membawa Selangor setanding dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Jamal yang hadir bersama penyokongnya di pejabat FAS di sini sebentar tadi mengesahkan sudah menyerahkan surat menawarkan diri untuk menjadi Presiden FAS.

“Hari ini saya bersama rakan-rakan telah pun menghantar surat niat saya untuk menjadi Presiden FAS,” kata Jamal dalam sidang media di hadapan ibu pejabat FAS.

“Hasrat kami untuk meletakkan diri sebagai Presiden FAS adalah bagi membantu kelab bola sepak Selangor setanding dengan kelab-kelab lain terutama JDT.”

Jamal turut berjanji akan menyelesaikan apa saja masalah dihadapi FAS termasuk tunggakan gaji pemain dan jurulatih.

“Dana adalah isu nombor dua, jika dilantik hari ini semalam saya selesaikan,” kata Jamal ketika ditanya berkenaan masalah tunggakan gaji berkenaan.

Sumber Asal: Berita Harian

Reply