Isteri Selalu Marah Sebab Tak Naik Podium, Nah Ambikk.. Sekali Menang Jugak!
Setiap orang memerlukan sokongẫn dan motivasi dalam mengɛjar kejayaan yang penuh liku dan mencẫbar.
Disebalik kɛjayaan lelaki, ada wanita hebat dibelakangnya dan itulah yang menjadi ‘rahsia’ kejayaan buat pelṳmba muda negara, Syarifuddin Azman dalam membṳru penamat di atas podium.
Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai ‘Damok‘ mendedahkan isterinya, Wan Hurool Ain Wan Sukri sentiasa memberi kata-kata semangat serta dor0ngan untuknya merẫih kejayaan dengan yang terbaru menẫmatkan perlṳmbaan di tempat kedua di Pusingan 5 Kejuaraan JuniorGP Dunia di Litar Algarve, Portugal semalam.
“Pertama kali syukur, terima kasih kepada pasukan yang bertungkus lumus menyiapkan jentera. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan pasukan juga gembira dengan keputusan ini.
“Terima kasih kepada isteri, yang sentiasa menyokong dari belakang. Dia selalu menggesa saya untuk berada di podium. Syukur, semuanya dalam keadaan baik dan piala ini adalah untuk isteri saya kerana dia selalu ‘marah’ saya kerana tak dapat podium,” kata Damok.
Pelṳmba berusia 21 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 29 minit 07.323 saat (s) dan dipisahkan 6.551s di belakang pemenang, Jose Rueda (29:00.772s) manakala Adrian Cruces melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 29:07.437s.
Penamat kedua diraihnya itu adalah yang ketiga selepas turut meraih kedudukan sama pada dua perlumbaan di Litar Catalunya, bulan lalu.
Berbaki tiga lagi pusingan di Litar Misano, Aragon dan Ricardo Tormo, Damok kini sudah mengumpul 97 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan.
“Pada perlumbaan (semalam), cuaca agak panas dan saya cuba merapatkan kedudukan saya dari awal perlumbaan lagi untuk berada dalam kelompok. Saya hampir terlepas daripada kelompok namun mampu mengejar semula.
“Pada pusingan terakhir, ada dua pelumba melakukan kesilapan dan peluang itu saya ambil. Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan harap dapat terus konsisten dengan keputusan sebegini sehinggalah penghujung saingan nanti,” katanya.
Bɛrita gembira itu ternyata membuat rakyat Malaysia menumpang berbangga dengan kɛjayaan dicapai oleh Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sɛngit untuk memenangi kejṳaraan itu.