“Dulu Jurulatih Tak Pandang Pun Saya”- Arif Aiman

Siapa sangka, baru sahaja berusia 20 tahun , Arif Aiman kini muncul sebagai pemain terbaik Johor Darul Takzim (JDT) musim ini.

Pada peringkat awal penyertaan Arif dalam skuad B-17 negara, Pengarah Teknikal NFDP yang juga bekas Bekas Ketua Jurulatih skuad B-17 tidak pernah mengetahui potensi yang ada pada Arif Aiman.

“Dulu dia tak pandang pun saya” Kata Arif.

“Lagipun dulu semasa di AMD, saya masih lagi bukan dalam skuad kesebelasan utama. Saya hanya pemain simpanan” Kata Arif yang membantu JDT menang 3-1 dalam aksi Final Piala FA September yang lalu.

Arif Aiman sebelum ini kurang mendapat perhatian jurulatih semasa berada dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) . Beliau yang menyertai akademi bola sepak JDT pada penghujung tahun 2018 telah mula menunjukkan prestasi dengan harapan dapat beraksi dalam sebuah organisasi yang sekarang digelar kelab bola sepak profesional.

Arif Aiman telah buat keputusan yang tepat bersama JDT.

Tiada siapa yang pernah menyangka bahawa beliau akan sukses di saat beliau bersama dalam skuad JDT. Di usia yang terlalu muda sebegini, Arif sangat berani menyahut cabaran ini.

Hasil kerja keras Arif tidak hanya dipandang sebelah mata oleh barisan kejurulatihan Johor Darul Takzim. Tiba masanya yang terbaik, pada tanggal 14 Mac tahun 2020, Arif Aiman mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila muncul sebagai pemain termuda yang berada dalam skuad senior ketika usia yang baru 17 tahun.

Ketua Jurulatih JDT semasa itu , Benjamin Mora, Arif Aiman bukan sahaja digelar ‘wonder kit’, malah beliau turut dianggap sebagai revolusi baru.

“Arif Aiman mempunyai skill dan bakat di usia yang muda dan masa hadapan, paling penting, dia tahu apa nak buat ketika berada di atas padang” tambah Benjamin Mora, selepas Arif menjaringkan gol pertamanya semasa menentang UITM FC pada musim yang lalu.

Tahun menyerlah buat Arif Aiman di tahun 2022

Kejuaraan JDT yang merangkul kemenangan MSL buat kali kesembilan berturut-turut juga tidak sah jika kita tidak membicarakan salah seorang penyumbangnya iaitu Arif Aiman., beliau telah menjaringkan 5 gol pada musim ini dalam semua pertandingan untuk JDT.

Walaubagaimanapun, jaringan beliau ini hanya dihasilkan semasa menentang Negeri Sembilan selepas beliau meledak gol sebanyak dua kali.

Sumbangan beliau dalam pasukan sebagai pemain sayap kanan tidak dapat dinafikan lagi, apabila banyak gol dihasilkan oleh beliau.

Pada musim ini, Arif kini adalah pencipta bantuan gol terbanyak untuk pasukan JDT bersama dengan rakannya Corbing Ong iaitu sebanyak 10 kali. Prestasi ini menjadikan beliau antara pemain muda yang paling menyerlah dalam skuad Johor Darul Takzim pada musim 2022 ini.

Mengenali Biodata Arif Aiman.

Arif Aiman Mohd Hanapi adalah seorang pemain bola sepak dari negara Malaysia yang kini menempa namanya ketika berada dalam Kelab Bola Sepak terbaik Malaysia Johor Darul Takzim.

Pada 14 Mac 2020, beliau memegang posisi midfielder dalam aksi sulungnya ketika berada dalam skuad senior menentang Felda United dalam perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Biodata

Nama sebenar: Arif Aiman Mohd Hanapi

Menggunakan nama komersial: Arif Aiman

Negeri kelahiran: Pahang

Tarikh Lahir: 4 Mei 2002.

Usia : 20 Tahun ( tahun 2022)

Pengikut di Instagram: Ketika ini pengikut di laman instagram beliau telah mencapai 206,000 pengikut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top