no comments

Biodata Lee Zii Jia, Wira Olimpik Paris 2024

Kenali Lebih Dekat Pemain Persorangan Badminton Malaysia

Beliau semakin mencapai kejayaan dari hari ke hari, terutama selepas prestasinya yang cemerlang di Olimpik Paris, di mana beliau merangkul pingat gangsa untuk Malaysia. Dikenali sebagai “King of Backhand Smash,” beliau terus meloncak naik dalam dunia badminton.

Biodata Lee Zii Jia

  • Nama Penuh ialah Lee Zii Jia dan merupakan anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng
  • Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998
  • Ketinggian 186 sentimeter dan berat badan 78 kilogram
  • Pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah.
  • Memulakan langkah pertama dalam sukan badminton sejak usia enam tahun.
  • Mendapat tawaran untuk menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil, tempat yang menjadi platform untuk beliau mengembangkan lagi bakatnya.

Info Menarik Tentang Lee Zii Jia

  • Bintang di Persada Antarabangsa: kini berada di kedudukan ke-7 dunia dan semakin mencuri tumpuan di arena badminton global.
  • Mengalahkan Jaguh Dunia: Dalam Kejohanan All England 2021 mencipta kejutan besar apabila berjaya menundukkan Viktor Axelsen, yang ketika itu memegang ranking ke-2 dunia. Lebih menarik, kemenangan tersebut adalah pertemuan kedua antara mereka selepas Lee pertama kali mengatasi Axelsen pada tahun 2019.
  • Ganjaran Lumayan: Kejayaan luar biasanya di All England tidak hanya menaikkan prestijnya, malah turut menghadiahkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$59,500 (kira-kira RM244,344).
  • Mengikuti Jejak Legenda: Kejayaan di All England ini menjadikan dia salah seorang daripada pemain Malaysia yang pernah menjuarai kejohanan badminton tertua di dunia itu, mengikuti jejak langkah lagenda-lagenda tempatan seperti Wong Peng Soon (1950, 1951, 1952, 1955), Datuk Eddy Choong (1953, 1954, 1956, 1957), Tan Aik Huang (1966), dan Muhammad Hafiz Hashim (2003).

King of Backhand Smash yang ditakuti oleh pihak lawan

Reply