no comments

Anwar Ibrahim Dikejarkan Ke Hospital Sebaik Pulang Dari Turki

Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam ini sebaik mengadu sakit bahu dan bahagian belakang selepas pulang dari Turki.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anwar dikejarkan ke hospital dari rumahnya di Bukit Segambut ke Pusat Perubatan Universiti Malaya menaiki ambulans, namun kini sudah berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil,” katanya.

Ketua Umum PKR itu mengadu mengalami kesakitan selepas pulang dari kunjungan bertemu presiden Recep Tayyip Erdogan di Turki.

Beliau mengalami kecederaan ketika kemalangan pada 2014 dan menjalani pembedahan November lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu mengalami kesakitan menjalani hukuman penjara pertama dan turut pernah dibedah di Jerman pada 2004.

Anwar dalam siri lawatan ke beberapa buah negara termasuk Turki bagi berkongsi kisah kejayaan Malaysia mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau turut ke London, United Kingdom untuk bertemu bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.

Reply