no comments

PUNCA SEBENAR YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA

punca sebenar yus jambu meninggal dunia.JPG

Pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya.

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

yus jambu.jpg

Gambar-Terakhir-Pak-Yus.jpg

Menurut sumber, Pak Yus dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan progaram ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

“Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia,”

Pak Yus, anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini mula menjinakkan diri dalam industri hiburan tanah air dengan menyertai Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum menempah nama dalam bidang komedi apabila diumukan sebagai juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Jenazah Allahyarham Pak Yus dimandi, kafan dan disolatkan di Hospital Selayang, sebelum dibawa pulang ke Perlis untuk proses pengebumian.

12.jpg

1.jpg

Yus meninggal.jpg

Sama-sama kita sedekahkan A-Fatihah buat Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin. InsyaAllah.

Yus Jambu Meninggal Dunia.jpg

Yus Jambu dalam kenangan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close