
WhatsApp Ketika Khutbah Jumaat
“Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya. Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.
Jadi, para jemaah perlulah peka pada perkara ini. Lebih baik jika sebelum khutbah dibacakan, matikan handphone ( mode silent ) agar tidak menjejaskan dan merosakkan tumpuan ketika mendengar khutbah Jumaat.

