no comments

Watak Syafiq Kyle Jadi Pencuri 1 Sen Ni Kisah Benar Rupanya. Liciknya

Bekerja dalam masa dua tahun dia sebuah bank sebagai pegawai, namun gaji yang dapat tidak seberapa. Akhirnya, watak Iman (lakonan Syafiq Kyle) telah merancang untuk merompak sedikit demi sedikit dalam nilai 1 sen. Itulah kisah yang telah dipertontonkan dalam drama 8 episod yang bertajuk ‘One Cent Thief’. Walaupun drama ini telah diubah jalan ceritanya, namun ianya diadaptasi oleh kisah benar.

Ia adalah berkisah kepada sejarah jenayah yang telah dilakukan oleh seorang individu yang bernama Aman Shah.

Dalam masa setahun sahaja bekerja, boss nampak potensi aman dan berikan kepercayaan.

Licik sungguh cara dia merompak duit tersebut. Ianya dirancang dengan sangat teliti untuk melakukan jenayah berkenaan. Sejarah jenayah yang telah dilakukan berlaku pada sekitar tahun 1990 dan telah mengejutkan rakyat Malaysia ketika itu. Aman Shah pada ketika itu baru berusia 24 tahun dan hanya bertugas sebagai pegawai bank biasa sahaja.

Namun selepas setahun bekerja, boss lihat potensi besar yang ada dalam dirinya kerana Aman adalah seorang yang cekap semasa bekerja. Selepas setahun bekerja, Aman dihantar oleh bosnya mengikuti kursus komputer untuk mempelajari perlaksanaan operasi.

Laporan jenayah menunjukkan Aman berjaya memecahkan kod keselamatan pengguna.

Walaupuan Aman sudah dinaikkan pangkat sebagai ketua di jabatan pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana & Sekuriti (SPEED), keinginannya terhadap wang ringgit membuak-buak. Tanpa disangkan dia berjaya membolot sebanyak RM41 juta. Secara senyap-senyap dia berjaya memindahkan sejumlah 1 sen ke akaun proksi bank lain daripada setiap pemegang akaun bank pengguna tempatnya bekerja.

Laporan juga mendedahkan, dia telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM3 juta dalam masa 14 hari sahaja. Bagaimana penjenayah ini boleh mengaburkan mata semua pihak?. Sebenarnya Aman telah mengelurkan arahan palsu melalui SPEED dan akhirnya telah memperdaya pihak Bank Negara.

Hobi mengumpul kereta mewah semasa disiarkan di TV akhirnya telah memecahkan rahsia Aman.

Pada 3 Jun 1990, ketika itu Aman telah meletakkan jawatan sebagai pegawai bank dan menghadiri satu temuramah di televisyen dalam sebuah rancangan TV. Semasa ditemubual, Aman secara terbuka berkongsi tentang minatnya terhadap kereta sport dalam rancangan berkenaan. Aman turut berkongsi tentang kereta-kereta mewah yang dimilikinya. Bekas majikannya yang terkejut setelah menonton temubual itu berasa curiga terhadapnya.

Bagaimana mungkin, seorang yang hanya bergaji RM1800 sebulan mampu membeli banyak kereta mewah. Setelah proses audit dilakukan, akhirnya bukti telah berjaya dikumpul. Aman Shah telah terkantoi dan dia berhadapan dengan hukuman penjara 5 tahun.

Kisah ini perlu dibuat peringatan kepada kita bahawa setiap jawatan yang dipegang perlu disertai dengan sifat amanah. Inilah yang terjadi jika sifat amanah dan jujur telah hilang dalam diri. Akhirnya, kelebihan yang dimiliki telah mengaburi mata kita sendiri dan mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

Reply