no comments

Wanita Offer Jadi Madu, Nak Bagi Zuriat. Ini Respon Isteri Izzue Islam “Masa Tu Saya Memang”

Isteri kepada penyanyi, pengacara dan pelakon Izzue Islam iaitu Awin Nurin mengakui terkedu semasa seorang wanita datang kepadanya dan suami dan menawarkan diri menjadi isteri kedua.

Kongsi Awin, keadaan itu bukan kali pertama wanita tersebut menawarkan diri mahu jadi madunya, malah sangat mengejutkan, kerana ianya telah ditanya dihadapannya sendiri.

“Semasa itu, kami telah hadir dalam satu acara, secara tiba-tiba dia datang , seorang wanita bertudung dengan pakaian serba hitam dan pelitup muka dengan berkaca mata hitam menuju ke arah kami.

‘Dia datang sahaja depan saya terus bagitahu mahu jadi madu Izzue serta ingin beri zuriat di hadapan kami.

“Saya pada ketika itu tergamam, terkjut dan terkedu dengan apa yang berlaku, tapi Izzue masa tu terus meminta wanita tidak dikenali itu menghormati perasaan saya dan jangan lagi berbuat demikian

“Saya mengaku, sebelum ini memang sudah ramai yang memberitahu hajat yang sama tapi hanya di media sosial dan saya selama ini tidak pernah mengambil hal itu dengan serius kerana tak tahu kesahihannya”, kongsinya kepada Gempak.

Awin Nurin yang juga pengurus kepada Izzue Islam itu dihubungi Gempak ketika diminta mengulas mengenai isu bekenaan yang telah tular sejak beberapa hari ini.

“Saya tidak berkecil hati dengan semua yang terjadi kerana saya lebih mengenali suami saya yang dah kahwin sejak sembilan tahun dulu.

‘Saya tak berkecil hati tapi saya berpendapatan, perempuan itu perlu ada rasa hormat kepada saya, saya ni bukan sahaja isteri kepada Izzue tapi sebagai memelihara kehormatan kaum wanita. Saya ni wanita.

‘Selepas kejadian itu, kami pun tidak membawa isu itu dengan lebih panjang, kerana saya sendiri tahu , saya ni lebih mengenali Izzue Islam.

“Malah dalam masa sembilan tahun kami berkahwin, Izzue pun tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi walaupun sampai ke hari ini kami belum menimang cahaya mata, kongsi Awin.

Awin memaklumkan dia memang ada perancangan untuk melakukan IVF (proses rawatan kesuburan) cumanya belum ada masa yang sesuai lagi.

“Buat masa sekarang saya dan Izzue masih sibuk dan kami memang ada hasrat untuk buat IVF.

“Sekarang ni tengah cari masa yang sesuai yang mana masing-masing boleh berehat dan menenangkan diri. Ujar Awin.

Isteri Izzue yang lebih berusia 8 tahun dari Izzue itu telah mendidikan rumah tangga mereka pada 2 Jun 2013.

Sikap wanita tidak dikenali itu adalah sesuatu yang cukup memalukan bagi kaum wanita, kejadian ini bolehlah kita simpulkan bahawa manusia sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang artis atau lelaki popular dan kaya tanpa menyedari ianya telah mencemarkan maruah dirinya sendiri.

Tidak dapat dipastikan wanita itu sama peminat rahsia atau sesiapa, namun tindakannya itu boleh dianggap sebagai sangat melampau. Sikap wanita itu juga seolah-olah menghina takdir dan yakin mampu memberikan zuriat kepada Izzue sedangkan dirinya sendiri masih belum tahu samada boleh mengandung ataupun tidak. Inilah ujian yang perlu dihadapi oleh pasangan Izzue dan Awin setelah 9 tahun mempertahankan rumahtangga mereka.

Kebahagian mereka yang dikecapi sehingga ke hari ini dapat kita jadikan contoh bahawa, mendapat zuriat dalam perkahwinan bukanlah satu-satunya kunci kebahagiaan, namun rasa cinta terhadap pasangan itu boleh terus disemai atas dasar tanggungjawab dan menghormati antara satu sama lain.

Reply