no comments

Wajah Terkini Pelakon Cilik Erynne Buat Warganet Terkejut

Anda masih ingat dengan seorang pelakon kanak-kanak yang menggunakan nama popularnya Erynne Erynna atau pemilik nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah, dimana beliau adalah seorang selebriti yang kerap kali menghiasi kaca tv dalam banyak drama sebagai seorang kanak-kanak yang cukup hebat berlakon dengan wataknya. Pada zaman kanak-kanaknya, bakatnya sudah cukup dikagumi dan sering menjadi perhatian penonton.

Walaupun kini beliau sudahpun berusia 25 tahun, Erynne Erynna masih dikenali sebagai pelakon kanak-kanak yang sering diingati dalam rangkaian drama lakonannya. Untuk makluman anda, beliau bukan sahaja banyak terlibat dalam drama, malah kerap juga muncul dalam filem yang hebat.

Antara filem lakonannya adalah menerusi filem berjudul Congkak yang telah meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Sumber terkini memaklumkan, Erynne Erynna kini telahpun mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Gelagat anaknya itu sering menjadi tumpuan warganet dan peminat apabila wajah Erynne Erynna ini masih tak berubah kecomelannya seperti zaman kanak-kanak dahulu. Perkongsian beliau bersama anaknya membuatkan orang menganggap beliau dan anak seumpama adik dan kakak.

Wajah comel seperti zaman kanak-kanak masih dimiliki beliau yang membuatkan peminat masih teringat-ingat watak beliau semasa zaman kanak-kanak dulu. Melalui satu rakaman video yang telah dikongsikan oleh Erynne, beliau telah berkongsi satu video gelagat beliau bersama anaknya yang akhirnya telah menjadi bualan ramai penonton.

Menerusi video tersebut, peminat bukan sahaja tertumpu kepada gelagat beliau bersama anaknya malah imej dirinya turut menjadi perhatian kerana dikatakan sangat simple.

Berikut adalah video berkenaan:

Apa yang lebih menarik, rata-rata netizen terkejut apabila melihat wajah Eryyne Erynna yang terkini.

Hasil muatnaik video berkenaan, Erynne yang menjadi pelakon kesukaan ramai ini turut mendapat perhatian ramai diruangan komen apabila peminat cukup kagum dengan gayanya bersama anaknya dilihat cukup ringkas tapi cantik.

Erynne Erynna telah memulakan karier lakonannya ketika beliau baru berusia 8 tahun, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Afify Sazali pada 17 April 2019. Hasil perkahwinanya dengan suami telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang telah diberi nama Medinah yang kini sudah berusia setahun.

Berbicara soal karier lakonannya, Erynne mengatakan beliau akan tetap meneruskan kerjayanya sebagai pelakon meskipun kini sudah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu kepada seorang anak.

Bidang lakonan dikatakan sudah sebati dalam jiwanya. Sekiranya ditanya, sampai bila beliau akan berlakon, beliau akan menjawab, “Saya akan meneruskan karier lakonan sampai hujung nyawa”.

“Sekiranya diizinkan Allah, masih ada rezeki buat saya dalam bidang seni ini, saya akan terus berada di sini.

“Walaupun diakui kini agak susah untuk mendapat watak wanita dewasa, mungkin kerana fizikal saya agak kecil dan masih nampak tidak matang.

“Namun sekiranya diberi watak wanita dewasa, saya menerimanya sahaja, cumanya bagaimana saya nak hidupkan watak supaya nampak matured tu, mungkin saya rasa kena tukar imej, dari segi makeup ke atau cara saya berpakaian”.

Sebagai peminat dan penyokong karier beliau, kita sama-sama doakan supaya perjalanan beliau sebagai anak seni dipermudahkan dan dipelihara beliau bersama anak dan keluarganya. Apabila menonton drama-drama lakonannya pasti akan meninggalkan kesan kepada penonton, dan bakat itulah yang membawa dirinya cukup dikenali sehingga ke hari ini. Bakat yang dimiliki beliau boleh dikatakan sukar dicari. Apabila beliau berkongsi kemaskini terbaru mengenai dirinya, komen-komen yang mengimbau zaman kanak-kanak kerap kali menjadi tumpuan di laman instagramnya.

Reply