WAJAH TERKINI NIK ADRUCE PELAKON FILEM TENTANG BULAN
WAJAH TERKINI NIK ADRUCE (Bulat) PELAKON FILEM TENTANG BULAN
Tentang Bulan ialah filem terbitan Metrowealth yang ke-20 dengan arahan oleh Ahmad Idham. Sebuah filem Komedi bertemakan Kanak-kanak dan kekeluargaan ini mula ditayangkan pada 21 Disember 2006.
Filem Tentang Bulan berkisarkan persahabatan antara lima sahabat sekampung, Asmawi, Bulat, Ketot, Budi dan Illa tergugat dengan ketibaan Zurina dari kota.
Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman kanak-kanak mereka.
Sembilan tahun masa berlalu.. Masih Ingat Anda, Dengan Pelakon Tentang Bulan, Nik Adruce? Berbadan tembam dan telatah lucunya mampu mencuit hati penonton. Wajah Terbarunya Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami…!!!
Bulat dah Kurus…!
BIODATA NIK ADRUCE (BULAT)
● Nama Penuh – Nik Muhammad Farith Adruce Bin Nik Adelin
● Tarikh Lahir – 30 September 1994
● Asal – Bangsar, Kuala Lumpur
● Umur – 21 Tahun
● Agama – Islam
● Keluarga – Adruce merupakan anak tunggal pasangan Nik Von Adelin Nik Ismail dan Lezamaheran Abdul Ali
● Hubungan – Sepupu kepada pelakon cilik, Fimie Don
● Pendidikan – Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya, Selangor
● Kerjaya – Pelakon dan Pengacara
● Filem – Tipah Tertipu, Remp-It, Tentang Bulan sebagai Bulat & Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
● Drama – Pasca Merdeka, Anak-anak Ramadhan, Disney Waktu Rehat, Tan dan Tun & Misi Yaya
● Instagram – https://instagram.com/nikadruce
SEDUTAN FILEM TENTANG BULAN – 2006
SINOPSIS FILEM TENTANG BULAN
Seorang gadis keluar dari lapangan terbang untuk pulang ke desanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Di dalam teksi, gadis tersebut telah terkenang zaman kanak-kanak bersama 5 orang sahabatnya. Tahun 1985, Asmawi , Bulat, Ketot, Budi dan Ila adalah 5 sekawan paling akrab di desa. Kelima-lima mereka mempunyai perangai dan telatah unik masing-masing. Namun, semua tahu Asmawi yang paling kacak adalah ketua mereka.
Sebagai satu kumpulan, mereka menjadi kuat kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bulat seorang yang berbadan besar, Ketot seorang yang garang walaupun bertubuh kecil, Asmawi seorang yang berdedikasi sebagai ketua, Budi punyai otak bergeliga manakala Ila menjadi pelengkap kepada mereka semua.
Walaupun sering dikutuk kerana tidak berkelakuan seperti perempuan, Ila tidak menendahkan kata-kata orang lain kerana dia tahu dia mempunyai 4 orang kawan rapat yang sanggup bersama-sama dalam susah dan senang. Kelima-lima sahabat ini gemar melepak hingga larut malam pada masa bulan penuh dan berangan-angan satu hari nanti mahu pergi ke bulan.
Kehadiran Zurina, seorang budak perempuan yang baru berpindah ke desa dan bersekolah di sekolah mereka, mula menggugat persahabatan mereka 5 sahabat. Zurina bukan sahaja cantik dan berbudi bahasa tetapi mempunyai ciri-ciri seorang budak perempuan yang menjadi idaman setiap budak lelaki. Ini menyebabkan Asmawi, Bulat, Ketot dan Budi berlumba-lumba untuk menambat hati Zurina dengan melakukan pelbagai cara untuk rapat dengan Zurina.
Malahan mereka berempat meninggalkan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain bola, terjun ke sungai dan memanjat pokok semata-mata kerana mahu bermain pondok-pondok, lompat gelang getah dan congkak bersama-sama dengan Zurina. Kerana Zurina juga, Ila rasa cemburu dan tersisih kerana 4 rakan lelakinya mula memberi tumpuan kepada Zurina. Ini menyebabkan Ila cuba berubah menjadi budak perempuan tetapi perubahan ini hanya menjadikan Ila bahan ketawa mereka. Ila menjadi marah dan menyisihkan diri daripada kawan-kawannya. Asmawi menjadi semakin rapat dengan Zurina tetapi lama-kelamaan dia sedar yang dia rindukan Ila.
Akhirnya Mawi menyedari bahawa tindakan mereka keterlaluan dan salah. Namun, penyesalan tersebut sudahpun terlambat apabila Ila melangkah pergi membawa hati yang luka ke Kuala Lumpur.
Asmawi, Bulat, Ketot dan Budi meneruskan persahabatan mereka dengan Zurina dan pada setiap malam bulan mengambang, mereka masih impikan untuk pergi ke bulan. Tetapi, mereka tetap rasa kehilangan. Apakah kesudahan persahabatan mereka? Siapakah perempuan di dalam teksi tersebut dan perkahwinan siapakah yang ingin dihadiri? Mereka yang sudah menonton filem ini pastinya sudah mengetahui penghujung cerita ini.