(Video)”Degil Tak Dengar Cakap”, Kan Tak Pasal-pasal Kena ‘Bertapa’ Atas Pokok Tu

Seorang lelaki dilaporkan dalam satu berita terpaksa ‘bertapa’ di atas sebatang pokok selama satu jam setengah setelah gajah liar dengan tiba-tiba datang menyerang ke arahnya di Chinnakanal Kerala India, beritu itu telah dilaporkan oleh NDTV.

Menurut sumber, lelaki berkenaan merupakan seorang petani di Chinnakal sebuah daerah di idukki.

Lelaki tersebut memaklumkan, kejadian mendebarkan itu dipercayai berlaku semasa dia sedang perjalanan menuju ke atas bukit dari bangsal yang berada di kawasan bawah pada hari Selasa yang lalu.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak pernah membayangkan terpaksa mencari perlindungan daripada haiwan liar itu yang berada berhampiran dengannya.

Melalui video yang telah tular tersebut, ia menunjukkan lelaki tersebut sedang duduk di dahan sebuah pokok sementara menunggu seekor gajah liar yang berada di kawasan berhampira supaya beredar dari kawasan itu. Lelaki itu ingin memastikan gajah berkenaan berada jauh dari lokasinya untuk memastikan dia boleh pulang dengan selamat.

“Saya telah menjerit sekuat hati sepanjang jalan untuk meminta pertolongan penduduk setempat selepas beberapa ekor gajah datang mengejar saya secara tiba-tiba, saya tidak fikir panjang dan terus memanjat pokok, semasa di atas pokok, saya terpaksa menunggu selama satu jam setengah sehingga gajar itu beredar dari situ” Ujarnya.

Walau bagaimanapun, lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan selepas menghubungi pegawai hutan yang bertindak meracun bertujuan menghalau haiwan tersebut dari kawasan itu.

Sebelum daripada itu, seorang pegawai hutan difahamkan telah memberikan amaran kepadanya sebelum ini, namum lelaki itu tetap juga memasuki kawasan kawanan gajah liar tersebut.

Berikut adalah video yang telah tular tersebut:

Kejadian yang berlaku kepada lelaki ini adalah berpunca dari dirinya sendiri dan akhirnya memakan diri apabila tidak mendengar arahan pegawai hutan disitu. Sepatutnya sekiranya anda mendapat nasihat dari mereka yang tahu mengenai kawasan itu, kita perlu mengikut arahan kerana bimbangkan akan keselamatan diri kita.

Kenapa gajah boleh bertindak liar?

Kebiasaanya gajah akan bertindak agresif kerana merasa dirinya terancam, ia biasanya berpunca dari manusia sendiri yang mengganggu habitat kehidupan mereka. Banyak kes yang dilaporkan termasuk di negara kita Malaysia sendiri, tindakan sekawan gajah yang mengamuk adalah kerana laluan biasa mereka telah dirosak atau diganggu oleh manusia.

Sekiranya anda sedang membawa kereta dan tiba-tiba terserempak dengan gajah yang melintas, tindakan memberhentikan kenderaan dan mengambil gambar adalah satu tindakan yang merbahaya. Gajah yang melintas jalan kebiasaanya adalah gajah yang melalui laluan tradisinya dari hutan.

Jangan sesekali anda membunyikan hon kereta kerana mungkin ianya akan mengancam anda sendiri dan mula bertindak agresif.

Ancaman utama gajah yang ada pada hari ini ialah aktiviti pemburuan haram. Hal ini berlaku disebabkan permintaan terhadap gading gajah kian meningkat. Antara negara yang memerlukan penggunaan gading gajah ini ialah China. Selain itu daging dan kulitnya turut menjadi buruan manusia untuk dijadikan barangan yang menguntungkan.

Ancaman dalam bentuk lain ialah kerap berlaku penebangan hutan yang meluas tanpa kawalan dari jabatan perhutanan, tujuan penebangan hutan oleh manusia adalah untuk pembalakan, pertanian dan juga dijadikan penempatan manusia.

Keadaan hutan yang agak sempat pada hari ini telah mengehadkan pergerakan haiwan bersaiz gergasi dan turut menganggu pembiakan mereka. Disebabkan itu, pelbagai usaha untuk memelihara haiwan ini telah diadakan demi menjaga habitat dan pembiakan mereka tanpa diganggu manusia.

Anta usaha yang diadakan adalah Hari Gajah Sedunia yang menjadi acara tahunan yang disambut pada 12 Ogos, ianya bertujuan untuk melindungi dan memulihara haiwan gergasi tersebut.

Walaupun kes gajah liar ini banyak kedengaran di benua Afrika dan Asia Timur serta Asia Tenggara, Malaysia yang berkedudukan di asia tenggara, namun isu gajah ini mendapat perhatian seluruh dunia.

Kes lelaki yang terperangkap di atas pokok ini bolehlah sama-sama kita jadikan sebagai pengajaran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top