no comments

(VIDEO) Terasa Hati Zizan, Hadiah Yang Beri Terus Dicampakkan Shaheizy Sam!

Kemunculan Zizan Razak dan Shaheizy Sam bersama anak/isterinya (Syatilla Melvin/Syeriv Samheizy) ke rancangan TV ‘MeleTOP’ untuk mempromosikan Filem ‘Baby Bro’ pada malam selasa lalu, nyata menimbulkan isu para netizen ketika ini.

Ia selepas pelakon Shaheizy secara spontannya mencampakkan hadiah pemberian Zizan kepada anaknya. Ketika di hujung rancangan itu, Zizan mahu menyerahkan hadiah kepada anak Shaheizy dan Syeriv, yang berupa sepasang kasut yang katanya dibelinya ketika berada di luar negara.

Sebaik sahaja Zizan membuka kotak itu, Syatilla berkata mereka sudah ada kasut itu. Secara spontan, Zizan pula berkata dia sebenarnya mahu memberi kotak kasut sahaja.

Wow! Thank you, thank you, thank you,” kata Shaheizy Sam sebelum mencampakkan kasut itu ke lantai.

Riak wajah Zizan pula jelas kelihatan terkedu melihat kasut pemberiannya berada di lantai sebelum segera diambil semula oleh Nabil.

 

Meskipun bergurau, namun netizen menyifatkan tindakan Sam itu adalah tidak wajar, gurauan kasar dan tidak menghormati hadiah pemberian orang.

Komen Netizen

“Nasib seorang pelawak. Bila kita ikhlas nak memberi, orang itu pula main-main kasar. Tabah sajalah Zizan.” – Syomel

“Ya Allah, kenapalah Sam tikam hadiah. Nabi tak galak buat macam tu even bergurau ada had. Say tahnks. Isteri Sam perlu belajar adab. Perkataan ‘Dah ada’ tidak sepatutnya keluar. Say thanks. Pemberi hadiah akan lega. Hanis Zalikha pun siap keluar “Ya Allah” sebab terkejut Sam tikam kasut baby.” – Kenzul Kanebo

“Macam rude pulak Sam campak kasut itu. Nasib Nabil ambilkan kasut itu balik. Dengar Hanis cakap Ya Allah, mesti dia pun terkejut Sam buat macam tu,” – Fatin Afina.

“Tak kisahlah kau ada lima pasang kasut macam itu pun tapi jangan meremehkan pemberian orang. Hormat sikit perasaan orang yang memberi. Bagus Nabil dan Hanis Zalikha cepat-cepat ambil kasut itu. Yang bini Sam bukan nak tolong pungut, boleh bantai berdekah gelak,” – Umi Umairah.

 

Shaheizy Sam Hargai

Bagaimanapun, Sam telah memuat naik sebuah gambar di Instagramnya untuk berterima kasih kepada Zizan di atas pemberian kasut yang dihadiahkan kepada anaknya itu. Sam memberitahu kasut tersebut amat sesuai dengan anaknya dan dia dalam nada bergurau meminta Zizan membelikan kasut tersebut untuk dirinya pula selepas ini.

Rancangan Televisyen yang dikendalikan pengacara Nabil dan Hanis Zalikha yang menggantikan Neelofa itu, turut mengundang beberapa pelakon iaitu Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Umbrealla, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim.

The Reporter,Youtube MeleTOP, Instagram Shaheizy Sam

Reply