Video Yusuf Azmi PPIM ‘Mengamuk’ Bergaduh Teruk Dengan Umar Scammer Perumahan!
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi akhirnya ‘hilang sabar’ dalam pertemuan bersama Umar wakil DBI Technology yang telah menipu duit orang ramai dalam skim membina rumah bawah harga pasaran (harga tak logik).
Kedua-dua pihak itu dilihat duduk berbincang semeja. Umar kaki scammer, kaki pembelit bersikap kurang ajar dan ego apabila diminta memulangkan kembali duit mangsa yang ada terdiri daripada golongan pesara dan warga emas.
Yusuf Azmi tidak dapat menahan kemarahannya lagi, lalu bangun dan menyerang Umar sehingga berlaku pergaduhan kecil.
Video yang dirakam secara live di facebook itu bagaimanapun telah dipadam oleh PPIM.
Namun, ada individu yang pantas merakam dan memuatnaik balik insiden panas itu. Saksikan video pendek dibawah.
Itu saja yang sempat dirakam dalam pergaduhan antara Yusuf Azmi dan Umar (kaki scammer) sebelum ditutup live tersebut.
Susulan kejadian yang tidak diinginkan itu berlaku, Hero pengguna, Yusuf Azmi tampil memohon maaf kerana tidak dapat menahan amarahnya itu.
Menurutnya, kemarahan itu datang apabila dia terbayang dengan seorang pakcik dan makcik tua yang menangis merayu kepadanya untuk mendapatkan balik wang yang telah ditipu oleh skim pemaju perumahan tersebut. Tanpa merasa belas kasihan, si umar penipu masih berputar-belit dan enggan mengaku kesalahannya dalam skim penipuan ini. Seakan mahu melepaskan tangan.
“Kesian makcik pakcik yang telah berhabis duit puluhan ribu ringgit untuk memiliki rumah sampai ada yang dah meninggal dunia hingga anak dia cakap masih tak dapat juga seperti yang dijanjikan.”
“Saya bukan gangster, saya hanya orang biasa yang sama seperti anda,” kata Yusuf Azmi.
Sementara itu, Ustaz PPIM juga turut membuat permohonan maaf selepas keadaan yang tidak sangka itu berlaku.
“Video ini khas untuk memohon ampun dan maaf di atas tindakan ataupun ketidaksengajaan kami tadi,”kata Ustaz.
Sehubungan itu, pihak PPIM berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Puzi membuka kertas siasatan ke atas penipuan ini. Ratusan report polis sudah dibuat namun penipu ini masih lagi bebas mencari mangsa baru.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) khususnya Yusuf Azmi mendapat pujian dan sokongan ramai netizen kerana lantang memerangi segala penipuan yang berlaku dalam negara ini.
Sebelum ini tiada seorang pun yang berani bangkit menuntut keadilan dan pihak yang tidak berhati perut ini masih kebal dari sebarang tindakan undang-undang.
Memang patut ada individu yang berintegriti seperti Yusuf Azmi untuk melindungi dan menuntut bela hak pembelaan mangsa-mangsa yang tertipu.
DBI Properties (Boy Iman), Technology Sdn Bhd, Juta Kelulut Sdn Bhd antara syarikat pemaju perumahan yang terlibat dalam penipuan terbesar ini.
–INFOKINI
UPDATE: Sisipan Penuh Yusuf Azmi Hilang Sabar Dengan Si Scammer (Umar)
Pertemuan Sebelum Ini (19 September 2017)