no comments

Video Pesilat Maut Tertikam Di Kenduri Kahwin

Video Pesilat Maut Tertikam Di Kenduri Kahwin.jpg

Seorang remaja lelaki maut selepas sepupunya tidak sengaja menikamnya dengan keris ketika persembahan silat di Kampung Patau-Patau, di sini, semalam.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Amil Zulkarnain, 17, maut selepas terkena tikaman itu tepat mengenai dadanya.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakan pesilat termasuk sepupu lelakinya membuat persembahan sempena majlis perkahwinan penduduk di kampung tersebut.

Bagaimanapun, ketika sesi persembahan menggunakan keris, suspek yang juga berusia 17 tahun tertikam dada kiri mangsa menyebabkan mangsa mengalami pendarahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintenden Mohd Ibrahim Mohd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Polis turut menahan suspek yang berusia 17 tahun itu bagi membantu siasatan.

12366360_1718842015013940_2083240031230196258_n.jpg

12376710_1718842035013938_2181758724165309640_n.jpg

Reply