no comments

(Video) Malas Nak Terbang, Burung Ini ‘Selamber’ Jer Tumpang Burung Lain Di Udara

Pernahkah anda menumpang kawan-kawan tak kiralah untuk ke sekolah atau ke tempat kerja? Biasanya orang menumpang ni naik motosikal, basikal atau kereta tetapi lain pula bagi burung.

Baru-baru ini beredar di media s0sial sebuah video seekor burung yang menumpang di atas belakang burung lain. Dengar seperti pelik bukan?

Dalam video yang tular di media s0sial itu, seekor burung camar dilihat sedang menunggang burung lain yang sedang terbang di udara. Kemungkinan ianya penat, namun yang jelasnya ianya dilihat sedang memanfaatkan tenaga burung  lain yang sedang terbang itu.

Netizen yang melihat fen0mena luar biasa itu sempat memberikan ulasan terhadap video berkenaan.

Ianya seperti Uber untuk burung,” tulis mereka.

Ada juga netizen yang menyamakan adegan kedua-dua burung tersebut dengan adegan dua aktor Hollywood popular dalam filem ‘Titanic’ iaitu Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Aksi ikonik kedua-dua pasangan di dalam filem Titanic yang duduk di bahagian paling hadapan kapal Titanic.

Sungguh menarik untuk menyaksikan aksi burung ini. Ianya sangat jarang untuk dilihat lagi pada masa akan datang. Apa-apapun video ini sangat “rare”.

Sehingga kini video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Video asal ini telah mendapat tontonan lebih 3 juta kali di Twittɛr sebelum ianya hilang.

Bagi sesiapa yang belum menonton video ini anda boleh menonton di Y0utube dengan tajuk “A bird sits on a flying bird”. Video yang dimuatnaik itu adalah versi dimuatnaik kembali dan bukannya versi asal.

Jom tonton video ini dibawah:

Macam mana komen anda mengenai video ini? Agak rare bukan? Bukan senang nak tengok burung yang tumpang atas burung lain macam ni. Jarang-jarang sekali berlaku di dunia ini.

Reply