no comments

(Video) Mak Tiri Syafiq Farhain: “Kalau Orang Cakap Buruk Tentang Saya, Dia Akan Melenting Gila Babi”-Saleem

(Video) Mak Tiri Syafiq Farhain,”Kalau Orang Cakap Buruk Tentang Saya, Dia Akan Melenting Gila Babi”-Saleem

Nampaknya kontroversi dan hubungan dingin melibatkan penyanyi lagenda Saleem, dengan seorang pendatang baru industri muzik, Syafiq Harhain masih belum reda.

Episod ini bermula apabila Saleem mendakwa Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kandungnya,menggunakan nama, suara dan populariti dirinya untuk mendapat publisiti dengan cepat. Sekaligus menutup periuk nasinya.

Bagaimanapun semalam, Syafiq ketika ditemuhramah sebuah portal berita menafikan dakwaan itu dan memohon maaf terhadap bapanya.

Namun, hari ini semakin panas apabila Saleem bersama isterinya Julia Bachok (merangkap pengurus Saleem) datang menyerang syarikat rakaman Music Valey Malaysia (MVM).

Menerusi rakaman video secara live oleh Utusan Online di facebook, Julia Bachok mencabar syarikat rakaman jangan hanya berani membuat kenyataan diluar, sebaliknya datang berdepan jumpa dengannya.

Julia juga tidak berpuas hati kononnya syarikat rakaman berkenaan mengaut keuntungan (bayar murah) dengan mempromosikan artis baru Syafiq Farhain kerana mengaitkan nama Saleem bagi menaikkan populariti pemuda itu.

Saksikan Video dibawah:

Menerusi video kedua turut menyiarkan Julia dan Saleem berjaya bertemu Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan yang akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka selepas pasangan berkenaan berjaya memasuki pejabat berkenaan.

 

p/s- Marah betul Mak tiri Syafiq Farhain ni.

Reply