no comments

(Video) “Ini Kalau Aku Lena, Confirm Kena Ngap” Terkejut Tuan Letak Patung Dinasour. Reaksi Meow Ni Melucukan

Setiap haiwan yang menjadi peliharaan manusia mesti ada sifat lucu mereka yang tersendiri. Paling banyak yang diperkatakan ialah kucing yang selalu tular dengan telatah lucunya.

Kucing ini ada satu fobianya iaitu sangat takut dengan sesuatu objek jika ianya rasa terancam. Kadangkala kucing juga takut dengan patung mainan. Bila sudah tahu dengan kelemahan si bulus ini, pasti tuannya selalu mengusik untuk melihat reaksinya yang buat kita rasa geli hati. Pasti ada reaksi spontan dari haiwan peliharaan ini.

Ini adalah satu lagi video yang telah tular menunjukkan seekor kucing yang menunjukkan reaksi melucukan apabila tuannya telah meletakkan patung dinasour disebelahnya. Reaksi kucing tersebut telah mengundang ketawa ramai netizen.

Berikut adalah video berkenaan: TONTON SINI

Terkejut member bila diletak patung dinasour, terus membulat biji mata.

Melalui rakaman yang telah dimuatnaik oleh @aatqaarfa, kucing tersebut sedang baring di atas katil milik tuannya.

Namun apa yang berlaku, tuan kucing tersebut sengaja meletakkan patung berkenaan dibelakangnya, dengan spontan kucing tersebut kelihatan terkejut sehingga kedua-dua matanya buntang dan tidak berkelip.

Tambahan pula, badannya dilihat terus kaku kerana terlalu takut dengan patung dinasour berkenaan. Telatah lucing tersebut membuatkan tuannay tidak dapat menahan ketawa.

“Hahaha, terus mengeras disitu, comel la. Dalam hati dia, bila lah masa sesuai aku boleh lompat ni”

Apabila dilihat menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sangat terhibur apabila melihat reaksi kucing tersebut.

“hahaha, terbuntang mata”

“it looks traumatized”

“Kucing: ini kalau kena, confirm kena makan, takpaa aku jegir mata luas-luas.”

“hahaha comel betul”

“dalam hati dia, bila la masa sesuai aku bleh lompay niii”

“kemain mata dia, tachood”

“hahaha mengeras disitu, aduii comel la”

“dengar kata kucing kena strook sampai skarang?”

Begitulah antara reaksi warganet terhadap video tersebut, setakat artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat 2.7 juta tontonan dan lebih 5000 yang memberikan komen kepada video berkenaan. Dengan jumlah tontonan pada video berkenaan jelas menunjukkan ramai netizen di Tiktok terhibur dengan video itu dan tidak kurang juga menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan comel itu.

Sebagai masyarakat, kita sepatutnya mencintai haiwan ini dengan sebaiknya, janganlah kita menganiayainya kerana selalu menyusahkan kita. Tindakan pemilik video ini bukanlah bermaksud satu tindakan menganiaya binatang, namun mesej yang ingin disampai disini ialah, video ini bukti bahawa ramai dalam kita yang menyayangi haiwan ini. Dalam kes lain wujud juga dalam kalangan mereka yang membenci dan bertindak kasar ke atas haiwan ini gara-gara tidak suka dengan kucing.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika kita memupuk rasa cinta kepada makhluk ciptaan tuhan ini. Jangan dibuat main, jika kita memberi makan kepada haiwan ini, pasti Allah akan melimpah ruahkan rezeki kita nanti.

Sehingga ke hari ini, peranan media sosial dilihat sangat membantu dalam usaha menyemaikan rasa cinta kita terhadap haiwan, sebelum ini banyak tular video-video yang bermesejkan semangat cintakan haiwan contohnya tular video sekumpulan lelaki yang menyelamatkan kucing dibawah jambatan yang mengalir arus air longkang dibawahnya, anjing yang tidak dapat keluar dari lubang dan banyak lagi. Video-video yang tersebar ini secara tidak langsung telah berjaya menyuburkan semangat dan rasa cintakan haiwan. Tahniah buat pengguna media sosial yang berkongsi manfaat.

Reply