no comments

(Video) Dua Protes di Bangunan Komtar. NGO Islam dan NGO Tamil

Hari ini penyokong timbalan ketua menteri Pulau Pinang(P Ramasamy) berkumpul di luar bangunan Komtar di George Town.

Tindakan tersebut dilakukan bagi memberikan sokongan terhadap P Ramasamy yang didakwa dan dikaitkan dengan Pertubuhan Pembebasan Tamil Eelam (LLTE).

Himpunan anjuran NGO Tamil itu diadakan kira-kira jam 1 petang, ketika NGO Islam merancang untuk mengadakan protes terhadap pemimpin DAP itu selepas solat Jumaat.

Perhimpunan aman dari kumpulan pro-Ramasamy dianjurkan sebuah NGO Tamil bermula pada 1 petang, manakala kumpulan yang membantah tokoh itu dianjurkan NGO Muslim diadakan selepas solat Jumaat.

Penyokong P Ramasamy berterima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan mereka untuk melakukan perhimpunan aman itu.

Kumpulan penyokong itu turut menafikan dakwaan beliau(P Ramasamy) terlibat dengan kegiatan keganasan.

“Beliau bukan sahaja terlibat dalam rundingan damai di Sri Lanka tetapi juga di Aceh, dan yang melibatkan Hamas. Jadi jangan dipengaruhi oleh ulasan yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menimbulkan salah faham,” kata ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy.

Ramasamy, yang juga ADUN Prai, menerima kecaman selepas gambarnya “menyembah” senjata berat AK47, menjadi tular di media sosial.

Ramasamy sebelum ini dikecam pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kerana menggesa pendakwah Islam kontroversi, Zakir Naik dihantar pulang ke India.

Reply