VIDEO Ammar Menangis Keinsafan Sambil Peluk Keluarga Watson Nyambek

VIDEO Ammar Menangis Keinsafan Pohon Maaf Sambil Peluk Keluarga Watson Nyambek

Setelah mencetuskan kontroversi menghina nama mendiang bapa Watson Nyambek, pengacara/penyampai radio, Ammar bersama produksi TV3 dan kru ‘Sukan Tak Sentral’ terbang ke sarawak bagi memohon maaf secara berdepan.

Pertemuan dalam  sidang media itu menyaksikan kedua-dua pihak duduk semeja untuk berbincang.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar yang mewakili delegasi kru produksi program dan penyampai TV (Ammar) memohon maaf secara terbuka pada sidang media tertutup bersama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek itu.

Pihak produksi TV3 turut memutuskan untuk henti siaran ‘Sukan Tak Sentral’ berkenaan. Ammar dan enam kru digantung tugas serta merta.

Sementara itu, Ammar berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mempersendakan nama mendiang bapa Watson.

“Ia menjadi pengajaran dalam kehidupan saya dan saya menyesalinya.

“Saya dengan serendah-rendah diri dan hati memohon maaf kepada abang Watson, isteri dan keluarga di atas keterlanjuran berkenaan.”

Bagaimanapun, permohonan maaf itu ditolak Watson Nyambek.

“Mungkin satu hari nanti saya akan menerima permohonan maaf itu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Dalam satu video, Ammar kelihatan menangis keinsafan sambil memeluk keluarga Watson pohon ampun dan maaf selepas selesai sidang media.

 

“Kita buat kesilapan, tapi jangan ulangi lagi.”

2 thoughts on “VIDEO Ammar Menangis Keinsafan Sambil Peluk Keluarga Watson Nyambek”

  1. Tu la lain kali guna otak jgn suka2 sgt nk ckp apa je…yg stesyen pun satu ngok! Xkn korng tk pantau atau sunting dn xtau tu mmng menghina nama bpk org lain, dh terang2 bukan nya live show ……bodo ke pe!??…dh jadi mcm nie bru la nk mintak maap nangis2…..cuba korang klu aku maki nama mak bapak korang…rasa2 apa korang buat eh?…..

  2. Tu bukan ahli keluarga Watson laaa admin. Tu founder Miri Community II .. Tuan Ahmad Zaidi Bin Adenan. Harap ubah statement tu tak pasal² kena saman nanti …

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top