no comments

VIDEO: Agong Buka Botol Air Sendiri.. Cuit Hati Rakyat

VIDEO: Agong Buka Botol Air Sendiri.. Cuit Hati Rakyat

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, sememangnya dikenali dengan imej/sifat sederhana dan tidak terlalu berprotokol, hari ini secara bersahaja membuka penutup botol air minuman ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat.

Ketika bertitah, Seri Paduka berhenti seketika sambil mencapai botol air minuman dan memaklumkan kepada Dewan Rakyat hasratnya mahu minum.

“Sekejap… minum air kejap deh (minum air sekejap ya),” titah Seri Paduka ringkas selepas mencapai botol air mineral, membuka penutup dan meminumnya.

Aksi spontan Seri Paduka yang disiarkan ketika siaran langsung menerusi televisyen RTM1 dan skrin televisyen sekitar Parlimen, turut membuatkan ramai Ahli Parlimen tersenyum.

Sultan Muhammad V antara lain menegaskan isu pembangunan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan perlu terus diberi perhatian kerajaan agar rakyat tidak terus terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan terpinggir dengan arus pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April ini sebelum tumpuan beralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari dari 17 April hingga 27 April.

BERNAMA

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close