no comments

Ustaz Kazim Elias Calon BN Parlimen Larut?

Nama Ustaz Kazim Elias tiba-tiba trending malam ini kerana membuat kejutan sebagai salah seorang calon Barisan Nasional Parlimen Larut. Perkara itu disahkan oleh Presiden Umno Dato Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein On di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Berita ini amat mengejutkan netizen kerana dalam masa terdekat ini, beliau sering popular dengan isu masalah kesihatan beliau. Namun perkembangan terbaru ini diharapkan satu berita baik buat pengundi di Parlimen Larut kerana mempunyai calon yang sangat dikenali sebagai Ikon Pendakwah Bebas di Malaysia.

Berikut adalah antara ciapan perkongsian mengenai berita terbaru yang dimulai oleh Abang Ustaz Kazim sendiri yang menggunakan nama fb Pak Lang Hasbullah

Dalam masa yang sama, pelbagai respon positif diterima mengenai berita pengumuman Calon Barisan Nasional ini.

Alhamdulilah ,tahniah DUKE

Calon berpotensi untuk rakyat parlimen larut. Tahniah Ybhg Dato Ustaz Kazim Elias. Semoga beroleh limpahan berkah, rahmah & rezeki. Aamiin.

Berbaktilah untuk rakyat…

Tahniah utk Dato’ Kazim

Dengan ucapan syukur Alhamdullilah…

Alhamdullillah….Moga DUKE menang besar… KITA UNDI BN TERBAIKKK

Dato Ustaz Kazim Elias cukup dikenali di Malaysia sebagai salah seorang Pendakwah Bebas. Beliau sering ke udara di televisyen dan radio. Beliau juga sangat diminati ramai kerana penyampaiannya yang bersahaja dan menyentuh hati pendengar di setiap majlis-majlis ilmunya.

Sehingga kini beliau masih aktif berceramah dimana sahaja selagi kesihatan diberikan kepadanya.

Berikut adalah sedikit Biodata mengenai Dato Ustaz Kazim Elias

Biodata Dato Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim dilahirkan pada 28 November 1972 di Kampung Paya Batu Kurau Daerah Selama Perak. Beliau adalah anak kepada pasangan suami isteri yang bernama Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail.

Ibu Bapa beliau merupakan guru agama di sebuah sekolah agama di Batu Kurau Perak. Ustaz Kazim telah kehilangan ayah ketika dirinya baru berusia 8 bulan.

Merupakan anak ketujuh dari sembilan adik beradik. Bukan sahaja ibu ayahnya guru agama, kerjaya ini turut dimulai oleh Datuk Neneknya yang juga merupakan guru agama sekitar tahun 1900.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Toh Sajak, Batu Kurau, kemudian di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout Sungkai Perak. Semasa sekolah menengah beliau telah dilantik menjadi pengawas sekolah dan menjadi ketua pelajar kerana sifat kepimpinannya yang tinggi dan hebat.

Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang agama di Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau. Diperingkat lebih tinggi, beliau serius dalam bidang Agama sehingga menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz Al-Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak dan berjaya mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran.

Pengalaman Kerjaya

Peringkat awal, beliau bertugas sebagai Guru Sapel di Maahad Tahfiz Al-Quran Addin, Tualang Sekah. Dalam masa yang sama, turut menjadi Pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak pada tahun 1994.

Daripada sinilah beliau mendapat banyak pengalaman menguruskan masalah institusi keluarga. Beliau turut membantu menyelesaikan masalah kekeluargaan ini secara bijaksana dan diplomasi.

Kejayaan beliau menyelesaikan isu keluarga ini membolehkan beliau dilantik menjadi Pensyarah di Pusat Kaunseling pada tahun 1996. Beliau juga menjadi Imam Masjid Aulia di Jalan Kuala Kangsar Perak sehingga tahun 2001.

Pada masa inilah beliau mula aktif berdakwah di surau dan madrasah dan mula diminati ramai. Kemuncak kerjaya beliau apabila Dato Ustaz Kazim Elias berjaya menubuhkan Pusat Pendidikan Al Barakah dengan kerjaya rakan-rakan serta penduduk dikawasannya.

Dengan perkembangan terbaru dalam bidang politik ini, diharapkan dapat dijadikan platform dakwah kepada beliau dan memberikan pengaruh positif untuk masyarakat khususnya buat rakyat Parlimen Larut. Jika beliau menang dalam pertandingan kali ini, semoga Dato Ustaz Kazim dapat menjalankan amanahnya dengan baik buat masyarakat Larut.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close