no comments

Ustaz Don Kini Jadi Penghantar Makanan, Akui Kerja Yang Penuh Mencabar & Perlu Banyak Kesabaran

Alhamdulillah. Tugasan semalam. Pengalaman pertama jadi Food Rider.”

Pendakwah bebas, Don Daniyal Don Biyajid atau popular dengan gelaran Ustaz Don berkongsi pengalaman bertugas sebagai seorang penghantar makanan.

Alhamdulillah. Tugasan semalam. Pengalaman pertama jadi Food Rider. Memang penat dan pengalaman menyeronokkan. Saya belajar banyak benda,” tulisnya di laman sosial Instagramnya.

Menerusi posting itu juga Ustaz Don turut mengambil peluang menitipkan pesanan kepada kumpulan rider di luar sana.

Menurut beliau, kepada abang-abang rider sentiasa membaca doa naik kenderaan dan berdoa mohon dijauhkan musibah semoga selamat daripada sebarang kecelakaan sepanjang bertugas.

Berhati-hati di jalan raya, hormati pengguna jalan raya yang lain termasuk menghormati undang-undang jalan raya.

“Kerja ini memang susah. Banyakkan bersabar dengan kerenah pelanggan dan solat jangan tinggal,” katanya yang juga menasihatkan agar selalu berdoa meminta kepada ALLAH supaya diberikan kesabaran tinggi.

Pada masa sama, berdoa mendapat pelanggan yang baik-baik.

Selain kepada kumpulan rider, Ustaz Don tidak ketinggalan menasihati golongan pelanggan.

Antara pesanan beliau kepada pembeli:
– Saling hormat-menghormati dan ucap terima kasih kepada abang-abang rider.
– Tempah makanan sebelum lapar supaya sekiranya rider terlambat mood masih okey. Tempahan last minute akan menyebabkan kemarahan apabila makanan lambat tiba.
– Ada rezeki lebih, bagi tip. Kasihani mereka yang berhujan panas demi pembeli.
– Bersangka baik dan selalu mendoakan kumpulan rider agar selamat sampai menghantar makanan yang ditempah.

Wallahua’lam. Terima kasih support kami di @smoked_kingdom_by_dondaniyal.”

Ustaz Don kini sedang mengusahakan restoran miliknya iaitu Smoked Kingdom yang menerapkan konsep fusion iaitu gabungan antara masakan Barat dan Asia.

Restoran itu terletak di Ayer 8, Putrajaya berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Reply