no comments

UNCLE CINA INI SUNGGUH PRIHATIN ! REKA BILIK MUDAH ALIH UNTUK GELANDANGAN KL

UNCLE CINA INI SUNGGUH PRIHATIN ! REKA BILIK MUDAH ALIH UNTUK GELANDANGAN KL.jpg

UNCLE CINA INI SUNGGUH PRIHATIN ! REKA BILIK MUDAH ALIH UNTUK GELANDANGAN KL

Kebiasaannya, jalan-jalan utama di KL pada waktu malam akan dipenuhi dengan golongan gelandangan yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat tidur atau tempat tinggal mereka. Ada sesetengah pihak yang melihat mereka ini terlalu kotor dari pandangan kasar mata mereka. Tetapi ada juga pihak yang bersimpati dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan ini dan ingin membantu mereka tanpa mengharapkan sebarang bantuan.

Contohnya seperti Uncle Bugs yang bersimpati dengan nasib golongan gelandangan. Pada suatu malam, selepas dia bersama rakan NGO-nya yang lain mengagihkan bantuan makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan ini, dia sedar dia juga perlu memainkan peranan dirinya untuk membantu mereka. Ada pihak yang sudah menjalankan kewajipan mereka dengan membantu memberikan makanan, memberikan khidmat gunting rambut secara percuma dan lain-lain.


Uncle Bugs menekankan kalau orang yang berkemampuan tidak boleh membantu golongan ini, siapa lagi yang boleh atau layak membantu mereka sedangkan mereka mempunyai sebab sendiri mengapa nasib mereka tidak mempunyai tempat berteduh.

Lantas simpati dan berasa bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan, Uncle Bugs mengambil inisiatif sendiri untuk membina “mobile shower” atau bilik air mudah alih untuk golongan ini. Tempat mandi mudah alih ini hanya mengambil masa selama 10 minit untuk di pasang. Di lengkapi dengan rangka atau frame yang boleh ditanggal dan dibuka, pastinya ia memudahkan untuk di bawa pergi ke mana sahaja bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.


Mobile Shower” ini juga turut dilengkapi dengan tangki air yang menampung sebanyak 60 liter air dan juga “heater” untuk meningkatkan suhu air apabila diperlukan. Ini sangat berguna ketika mandi pada waktu malam kerana ianya dapat menyegarkan badan.


Menerusi blognya, Uncle Bugs berkata dia sudah jumpa beberapa rumah kebajikan dan badan NGO yang sudi menerima bantuan kecil darinya dan berharap “mobile shower” ini membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan keperluan asas yang mencukupi serta dapat menjaga kebersihan diri.

Semoga usaha Uncle Bugs ini membuka mata semua pihak untuk tampil ke hadapan bagi turut sama membantu golongan yang kurang berkemampuan ini. Jom kita tengok dulu bagaimana “mobile shower” ini beroperasi seperti yang ditunjukkan oleh Uncle Bugs. 

Terima Kasih Uncle Bugs!

Sumber – SajaKongsi via Uncle Bugs

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close