Cara Buat Umrah DIY Paling Mudah

Umrah DIY ini adalah umrah yang dilakukan tanpa menggunakan agen pelancongan atau pakej yang disediakan di Malaysia. Ramai di antara kita telah menggunakan teknik ini untuk mengerjakan umrah atau haji.

Siapakah Yang Sesuai Untuk Umrah DIY Ini?

Kebiasaannya, Umrah ini tidak dilakukan oleh mereka yang hanya baru sekali dua mengerjakan ibadah umrah. Mereka yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan tidak lagi bergantung kepada mutawif atau mana-mana agensi pelancongan akan mengerjakannya

Sebaiknya, ianya dilakukan oleh mereka yang sudah biasa dan fasih tentang selok belok jalan dan suasana di sana. Mereka yang sudah terbiasa dengan cara-cara di lapangan terbang, hotel, dan masjid-masjid di sekitar Mekah dan Madinah.

Apabila sudah berkali-kali mengerjakan umrah, kita pastinya mahukan masa sendiri semasa berada di Mekah. Ini kerana kita ingin beribadah dengan lebih khusyuk. Biasanya, ketika pertama kali sampai, kita akan mengikuti mutawif untuk menunjukkan tempat-tempat beribadah dan juga mengunjungi kebun-kebun kurma.

Perkasa asas yang perlu kita uruskan sebelum menunaikan umrah seperti berikut:

  1. Passport
  2. Tiket Flight
  3. Hotel
  4. Visa Pelancong/Umrah
  5. Insuran
  6. Pengangkutan
  7. Permit Masuk Raudhah/Umrah
  8. Simkad
  9. Makan

Kelebihan Umrah DIY yang mudah ini

  1. Kebebasan Masa
    Anda boleh menentukan jadual anda sendiri tanpa perlu terikat dengan sesiapa. Fleksibiliti ini membolehkan anda merancang perjalanan mengikut kesesuaian masa anda.
  2. Pengaturan Aktiviti Sendiri
    Anda mempunyai kawalan penuh untuk memilih aktiviti mana yang ingin dilakukan terlebih dahulu. Ini memberi anda kebebasan untuk menyesuaikan perjalanan mengikut minat dan keperluan anda.
  3. Pilihan Penginapan
    Anda bebas memilih tempat penginapan sama ada yang dekat dengan masjid atau yang sedikit jauh, bergantung kepada keselesaan dan bajet anda. (Pastikan rajin mencari untuk mendapatkan tempat terbaik!)
  4. Masa Pembelian Tiket
    Anda boleh mengambil kesempatan daripada tawaran tiket penerbangan yang menarik tanpa perlu berfikir panjang. Bila ada promosi, anda boleh terus membelinya tanpa halangan.
  5. Penginapan Lebih Selesa
    Anda boleh menikmati penginapan yang lebih selesa dengan hanya bersama keluarga, tanpa perlu berkongsi dengan orang luar. Ini memberikan suasana yang lebih privasi dan selesa.
  6. Umrah Bersama Keluarga
    Anda boleh mengerjakan umrah bersama-sama ahli keluarga dengan kos yang lebih menjimatkan. Perbelanjaan boleh dikongsi untuk menyewa hotel di sana, menjadikan ia lebih ekonomi.
  7. Membawa Ibu Bapa
    Anda boleh membawa ibu bapa yang tua atau uzur tanpa perlu menyusahkan orang lain. Anda boleh menyesuaikan aktiviti mengikut kemampuan mereka, memastikan mereka selesa sepanjang perjalanan.

Oleh itu, Umrah DIY ini sangat jimat sekiranya anda pandai membuat perancangan terperinci mengenai ini. Di samping itu juga, anda boleh memberi pandangan yang meluas kepada para jemaah yang ingin membuat Umrah DIY ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top