no comments

Ucapan Terakhir Adenan Satem Kepada Najib Yang Buatkan Ramai Gelak Besar

Ucapan Terakhir Adenan SatemUcapan Terakhir Adenan Satem Kepada Najib Yang Buatkan Ramai Gelak Besar

Hari ini tanggal 11 Januari 2017 Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berdedikasi dan mesra rakyat. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi (11 Januari 2017 ) di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan, akibat kompikasi jantung.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan kematian Adenan kepada Sin Chew Daily dan berkata beliau akan mendapatkan lebih banyak butiran mengenainya daripada Pejabat Ketua Menteri.

Perkara ini juga turut disahkan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014, menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan.

Merujuk kepada ucapan Tan Sri Adenan Satem sebelum ini, beliau pernah memberikan kata-kata lucu kepada Najib Razak ketika Perdana Menteri itu melawat Sarawak pada tahun lepas.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam suatu masa yang panjang.

“Beliau sayang negeri Sarawak, ambil berat kepada kita dan kita pun sayang kepada beliau
dan mudah-mudahan beliau jadi PM sampai kiamat,” kata Adenan.

Tonton video di bawah:

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close