no comments

Tular Video ‘Doktor’ Provoke di Jalan Raya, Sekali Hospital Serdang Keluar Kenyataan…Tak Sangka Pula Dia…

Sejak semalam, tularnya sebuah perkongsian video dash cam daripada seorang pemandu menerusi muat naik di Twitter mengenai seorang pemandu wanita bergelar ‘Professor Doktor Madya’ yang disabitkan kesalahan kerana melakukan pusingan-U di kawasan yang tidak sepatutnya. Kejadian tersebut berlaku pada 9.36 pagi semalam.

Difahamkan, pemandu wanita itu melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain. Tanpa melihat keadaan keselamatan jalan terlebih dahulu.

Pemandu wanita tersebut meluru keluar dan kemudiannya beliau menyalahkan pula pemandu lain yang dikatakan menjadi punca kemalangan di tempat kejadian.

 

Khabarnya, wanita tersebut merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Serdang. Tanpa segan dan malu, wanita tersebut berang dan memarahi seorang pemandu lelaki sambil mendoakan agar pemandu tersebut dijangkiti virus COVID-19.

Tambah kecewa, ‘pensyarah doktor’ tersebut melontarkan kata-kata kesat kepada pemandu tersebut. Ini mencerminkan sikap yang tidak baik dan mampu mencemarkan nama baik universiti di mana tempat pemandu wanita ini mengajar.

 

Susulan itu, pihak hospital serdang telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tular itu di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak Hospital Serdang mengambil maklum akan isu tular di laman media sosial twitter milik Fadzil Amin, bertarikh 2 Februari 2021 berkenaan kelakuan seorang wanita yang didakwa doktor telah melakukan pusisangan (U-turn) di lampu isyarat di hadapan Hospital Serdang serta dialong antara pemandu dengan pemilik Twitter.

Ingin dinyatakan bahawa setelah semakan dibuat, wanita tersebut seperti dakwaan oleh En Fadzil Amin adalah bukan kakitangan Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” petik kenyataan itu.

Rata-rata netizen berpendapat kedua-dua pemandu tersebut bersalah dalam hal ini. Mana tidaknya, pemandu wanita tersebut melakukan pusingan-U yang boleh membawa kemalangan manakala pemandu lelaki berkenaan memandu kereta dengan laju sedangkan kawasan tersebut merupakan kawasan hospital.

Reply