no comments

‘Tuhan Pinjamkan Saya Tangan Kanan Untuk 55 Tahun, Tapi Bila Tuhan Nak Ambik Semula, Sekelip Mata Je’

“Tuhan pinjamkan saya tangan kanan untuk 55 tahun, tetapi bila Tuhan nak ambil semula, hanya sekelip mata.” Itulah kata-kata Mohd Sis bin Latif yang dilậngg4r semasa bekerja menyelengara lebuhraya Pasir Gudang tempoh hari.

Setiausaha Kerajaan Johor, Y.B Dato’ Haji Azmi bin Rohani, telah meluangkan masa menziarahinya di Hospital Sultan Ismail (HSI), yang turut diiringi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Sedih bila kami dengar, kami tengok pakcik Mohd sis menangis, dan isterinya hanya terdiam sahaja, tapi kami nampak pada raut wajahnya, beliau redha dengan ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.”

“Selain itu, seorang lagi yang terlibat, Encik Izwan Maulana bin Buang, Kami lihat masih dalam keadaan separuh sedar, Alhamdulillah dijaga oleh isterinya, Kami lihat wajah isterinya sedih, dan kami amat pasti isterinya sentiasa berdoa & berharap supaya suaminya kembali sihat seperti sediakala.”

“Berat ujian untuk mereka, kita doakan mereka segera kembali sihat, pasti anak-anak mereka ternanti-nanti mereka pulang dan mereka juga mengharap perkara yang sama,” katanya

Manakala anak sulungnya berkata, dia dimaklumkan ayah terlibat dalam kemậlangan daripada ibu yang mendapat panggilan daripada rakan sekerja pada hari kejadian.

“Saya tidak sangka ayah kemậlậngan seperti itu. Saya ingat ayah kem4langan motosikal.

“Alhamdulillah ayah masih bernafas walaupun tangan kanan ayah terpaksa dip0tong dari paras siku ke bawah.

“Apabila ayah sedar memang dia terkejut lihat tangan sudah tiada. Kami sekeluarga redha tetapi saya faham ayah adalah insan yang paling sedih kerana dia yang merasa kehilangan anggota badan,” katanya.

Katanya lagi, ayahnya menjadi tunjang utama keluarga dan dibantu ibu yang bekerja sebagai kerani untuk membesarkan mereka tiga beradik termasuk adik bongsu berusia 10 tahun.

“Sedih itu tidak boleh digambar dengan kata-kata sebab ketua keluarga yang selama ini membesarkan kami tiga beradik dengan kudratnya, kini sudah tak ada tangan untuk terus bekerja menyara keluarga.

“Ayah sudah sedar. Boleh bercakap tetapi dia tidak ada cerita lagi mengenai kem4langan itu.

“Pada saya asal ayah selamat sudah bersyukur sangat kepada Allah. Mengenai pemandu lori yang lậngg4r ayah itu, serah kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut menghulurkan bantuan segera wang tunai RM500 kepadanya.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, berkata, pihaknya akan membantu Mohd Sis mengikut keperluannya. Katanya sekiranya perlu bantuan sara hidup bulanan akan diberikan.

“Sekiranya Mohd Sis tidak mampu bekerja selepas ini, pihak kami akan memberi bantuan dari segi sara hidup bulanan atau beri bantuan dari sudut kos perubatan yang diperlukan beliau sehingga pulih,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian itu 11.50 pagi selasa, pekerja lelaki berusia 55 tahun itu p4rah di tangan kanan selepas lori dinaiki bersama dua pekerja lain dirempuh lori lain di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, m4ngsa berdiri di platform hidrolik di belakang lori dinaiki bersama rakan sekerja. Lori dinaiki mậngsa ketika itu mengesan jalan yang berlubang untuk kerja baik pulih dan apabila tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dilanggậr sebuah lori lain.

“Akibat kemalậngan itu, mậngs4 pậrah di tangan kanan dan terpaksa dip0tong di bahagian siku ke bawah ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Manakala seorang lagi rakan sekerjanya yang berusia 27 tahun hanya cḛdera ringan di lutut kanan.

Lori yang merempuh kenderaan dinaiki mậngsa tidak berhenti di tempat kejadian, sebaliknya menghilangkan diri.

P0lis kini giat menjalankan usaha untuk mengenal pasti lori yang terbabit dalam kejadian itu. Pihak p0lis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu sias4tan.

Reply