no comments

‘Tuanku Keluar Dari Awal Pagi, Sampai Tengah Malam Hulurkan Bantuan Dengan Membawa Setengah Juta Ringgit Setiap Hari’ – Ustaz Ebit

Dikala rakyat sedang menghadapi wabak pandemik covid-19, banjir besar pula yang menimpa di beberapa buah negeri ketika ini. Banjir di Pahang antara yang terburuk berlaku setakat ini. Beberapa kawasan telah ditenggelami air sehingga ada melepasi paras bumbung rumah.

Disebabkan itu, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak ketinggalan untuk datang menghulurkan bantuan buat warga Pahang sejak beberapa hari lepas.

Terdahulu, beliau telah telah memuat naik gambar-gambar ketika bertemu Pemangku Raja Pahang yang ternyata sangat khuatir dengan keadaan banjir yang melanda ketika ini.

Katanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Shah sanggup mencemar duli melawat kawasan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurut Ebit Lew lagi, Tengku Hassanal sanggup keluar awal pagi sehingga larut malam dengan membawa setiap hari RM500,000 untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Baginda begitu bersungguh menghulurkan bantuan tanpa mengira penat demi memastikan semua rakyat selamat. Tengku Hassanal dan Ustaz Ebit juga sempat berbincang berkenaan keadaan orang-orang Pahang ketika ini sehingga larut malam.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga berasa kagum dan malu dengan KDYMM Tengku Hassanal kerana layanan yang begitu baik diterima walaupun baginda dalam keadaan letih selepas melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari.

Hari ini, beliau turut berkongsi posting terbarunya di facebook dengan menzahirkan rasa terharu apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membelanjanya makan hidangan ikan patin Temerloh, Pahang.

Beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong dalam misi bantuan banjir di negeri itu pada Rabu.

Menurut Ustaz Ebit, perasan malu menyelubunginya apabila dilayan dengan penuh mesra oleh Seri Paduka Baginda yang turut meminta beliau untuk membacakan doa sebelum makan.

“Tuanku Yang di-Pertuan Agong ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku Yang di-Pertuan Agong setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya

Ebit turut memuji dan mengagumi kemesraan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Tadi masa makan Yang di-Pertuan Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” ujarnya.

Berk0ngsi cerita, sebaik selesai menjamu selera, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengajak Ebit bersama rombongannya untuk bergambar.

“Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku Yang di-Pertuan Agong bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa teringin nak bergambar. ALLAH kabulkan doa kami.

“Ya ALLAH inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan keluarga. Terima kasih ya ALLAH temukan kami dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong kami yang mulia,” katanya.

Reply