no comments

TRAGEDI PONDOK PAK YA

TRAGEDI PONDOK PAK YA.jpg

Tragedi Pondok Pak Ya

Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu, tragedi yang mengorbankan nyawa 27 orang pelajar puteri di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, difahamkan kejadian itu berlaku pada awal pagi hari Jumaat ketika penghuni asrama puteri sekolah yang majoritinya berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit sedang nyenyak tidur.

Berdasarkan laporan dan siasatan pihak berkuasa, kebakaran berpunca daripada lilin yang digunakan pelajar puteri yang menghuni asrama itu untuk mengulangkaji pelajaran. Namun difahamkan mereka tertidur dan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh dan membakar tilam hingga merebak dan tidak dapat dikawal.

Akibatnya sebanyak lapan blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu musnah dijilat api dan 27 orang pelajar perempuan yang menghuni di asrama terbabit terkorban dalam keadaan tragis. Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas 27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya.

 

Al-Fatihah ~

Reply