Tragedi Amukan Prebet Adam di Bandar Chow Kit KL Yang Ramai Tidak Tahu. Hampir 3 dekad berlalu.. mengimbau kembali peristiwa yang pernah mengemparkan negara pada ketika dahulu. Pertama kali dalam sejarah kawasan sekitar Chow Kit yang selalunya sibuk bertukar menjadi lengang. Tiada lagi kesibukan di kawasan Chow Kit semasa peristiwa hitam “Amukan Prebet Adam“. Kini sudah 29 tahun berlalu tragedi hitam yang berlaku di Chow Kit itu.
Menurut kisahnya, dalam kejadia itu Prebet Adam berlari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Dalam tragedi amukan Prebet Adam Jaafar itu seorang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.
Tidak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini:
“Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri”.
Jika kita meneliti peristiwa amukan Prebet Adam ini, terdapat dua kisah yang berlainan. Sejauhmanakah kebenaran kisah-kisah ini? Sama-sama kita baca kedua-dua versi kisah ini. Baca dan nilaikan mana yang betul mana yang salah.
VERSI 1: Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987
Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 dikatakan berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang âCaddyâ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor (Sultan Mahmood Iskandar) pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.
Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.
Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 miliknya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal.
Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri.
Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.
VERSI 2: Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987 (Tulisan ini dipetik dari laman facebook Saudara Syahril A.Kadir, yang merupakan bekas wartawan jenayah akhbar Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian)
KES AMUK PREBET ADAM. SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!
Dah lama juga aku tak tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.
Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini’
” Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri “
Sejak itu, sehingga sekarang, kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang ‘kerabat’ Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.
INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.
Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.
Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi ” pegawai polis dan pendakwa ” tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.
Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.
Gambar diatas yang dirakamkan oleh jurufoto BERNAMA, Encik Abdul Ghani Ismail ini menceritakan saat cemas tindakan polis dan ketangkasan mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Waktu itu beliau bersama anggota-anggota polis yang lain berlindung di sebalik kereta, tembok dan parit. Ketika melihat Tun Hanif Omar keluar daripada perlindungan untuk mendekati sasaran, Encik Abdul Ghani tidak melepaskan peluang, muncul dengan kameranya, terlupa akan keselamatan dirinya sendiri yang terdedah kepada kemungkinan sasaran tembakan.
Xpayah spin cerita. Org tahu siapa sultan johor.
Yap.. aku setuju.. pusing la mcm mana pun
yg mna satuyg betul nie adam?
Tetiba nak tukar cite ni pahal?
ye kee…. mmg cerita kr buat2 cerita ni
Orang berkuasa menggunakan apa sahaja utk menutup cerita sebenar
Kalau yg ditulis diatas adalah perkara yg sebenar mcmana? Org2 yg selama ini menuduh Sultan Johor wajib bertaubat. Kalaupun Sultan Johor mencederakan adik Adam sehingga maut, wajarkah dia mencabut nyawa orang ramai?
Wajarkah sultan johor membunuh orang juga(kalau betul dia rembat adik prebet adam dengan golf club)?
cuba kena kat adik kau… apa kau buat? buat party ker?
Yg kes lelaki dipukul hingga mati oleh raja johor tu mcm ada..masa tu akk budak2 lagi pernah baca suratkhabar..cerita pnuhnya lupa sbb budak2 masa tu..kes tu panas juga..tak tahu sama ada ada kaitan ngn cerita prebet adam. Tp akk pun tk pasti meninggal atau tak..tk ingt juga..yg skdar ada dlm ingatan ni sultan johor, coddy dan kayu golf saje…
sembang je syahril a kadir. dia dpt cter pun dr pihak kedua.
dlm tentera je tahu apa sbnrnye berlaku. kalau dia stress akibat buli dikalangan senior tentera. takkan adam je yg mengamuk. berlambak lagi la tentera yg kne toucher. tak ada pun jadi mcm tu.
Lagipun sbg tentera dia tahu padahnya bila ditangkap semula dan dihadap ikut hukuman tentera kalau memberontak dn buat kesalahan.
Anggota tentera yg lari dari perkhidmatan pun tak berani lah nk terima pujuk rayu pegawai sbb dia tahu hukuman berat bakal diterima.
tp jelaslah kematian adik dia bg tamparan pd diri dia. dan punca dia mengamuk.
kalau dia stress kne buli, tak payahlah nk tggu adik dia mati. sebelum2 tu pun boleh mengamuk dah
Sebab tu Tun Mahathir – PM masa tu masuk campur dan hasilnya kuasa Sultan ada hadnya..
Kau nk tipu budak2 baru lahir boleh la..
Betul..betul
Pening kepala, yang mana satu betul pun tak tahu lah…
sunni atau shia.
Hahaha Syirik ni
rasanya x perlu diungkit perkara yang jauh berlalu..bkn mendatangkan kebaikan malah sumpah seranah yg keluar dr mulut yg mbuat komen akan jadi satu dosa pada pengomen apatahlah lagi admin sendiri…Subhanallah…
Bangsa johor? Muntah..
Butohhhh citer ko buat
huahuahua….macam2 perasaan dtg bila baca karangan niee….agak2 nak cover pon…lagipun kisah nie ramai dah tahu pekara sebenar…secara logik ya….knp sultan johor mendiamkan diri bila baginda dituduh menyebabkan kematian caddy beliau…kalau hang lah org tuduh membunuh…hang mengamuk tak ..kalau hang xbuat…toksah lah nak imbau kisah lama semata2 nak cover benda yg kamu sendiri pun xpasti kebenaran nya…..hahaa rasa tercirit baca karangan nie..huahua.. maaf byk2 kalau tersinggung bahasa…salam
tolong buktikan yg adik adam tak mati masa
tu utk menafikan punca adam mengamuk
hahaha pelik la kalau kena tocer menyebabkan dia mengamuk sampai macam ni sekali. Semua orang tahu kot siapa sultan johor asal usul dan keturunan dia. cuma rakyat mesia ni lantak deme laaaa.
da mmg kisah benar pun.. mmg adik dia kena bunuh dengan kerabat johor.. lepas kes nie Tun M gubal perlembagaan kuasa diraja dikurangkan supaya mereka boleh dikenakan tindakan undang2..
Aku pun pelik sape nama caddy yg mati tu.. sorg pun x pnah bongkar benda ni.. hanya dengar cerita dari mulut ke mulut tanpa bukti yg sahih.. skang aku lebih percaya pada cerita versi no 2 kerana besertakan bukti.. cerita no 1 ibarat mitos xde nama x de bukti.. org yg konon rapat dengan prebet adam pun x penah cakap siapa nama adik prebet adam yg kononnya caddy.. mcm mana nk jadi bukti kalau nama mangsa pun x de.. dlm blog unlcle seekers yg penah aku baca x de sebut pasal kematian adik prebet adam..
Kalau tidak takpayah la mahadir susah² cabut kekebalan raja-raja.. spin cerita.. mesti rakyat joho ni.. puihh..
Bab nama caddy tu memang tak pernah disebut namanya. Rakyat Johor pun dahulu tak berapa ambil tahu tentang keluarga diraja atau Sultan. Contoh terdekat semasa almarhum Sultan dahulu meminta kakitangan kerajaan negeri melakukan mogok bagi menunjukkan sokongan kepada Sultan supaya kuasa Sultan dikembalikan, alih-alih semua selamba, pergi kerja (sumber: Wikipedia). Taat setia kepada MAHA Det semua pada masa tu. Hanya di zaman ini barulah rakyat ambil cakna tentang istana kerana asbab bola.
Apa pun cerita lama usah diungkit. Wajib kita orang Islam taat kepada raja. Bacalah Kitab Munyatul Musolli, karangan Syaikh Daud al-Fatoni pada bab terakhir sekali. Ada sebut taat kepada raja. Itulah cara Sunni.
Xpayah nak spin citelah kadir wei..smua org tau pnca mahathir gubal undg2 kurgkn kebal raja. Jgn jd bebal sgtlh…
Nak putar alam je kau ni… nak spin sana sini… ada kuasa boleh la nk putar alam… kalau dia kena dera kt kem, baik dia mengamuk dalam kem aja… nak bohong orang, tp bodoh… pergi bohong mak bapak kau sendiri… mak bapak kau percaya kut…
Mak bapak ko lagi percaya.. .bodoh
Cerita ke-2 macam tak berapa nak ngam dengan plot…
Kalau ya pun nak nafikan kaitan Prebet Adam dengan Sultan Johor, ia tetap tak akan dapat bersihkan segalanya… Sebab, kes seorang caddy mati dipukul dengan kayu golf oleh Sultan Johor tetap wujud… Cumanya tiada pertuduhan kerana kekebalan Raja Melayu…
Kalau prebet Adam disahkan tidak siuman, ia masih boleh diterima plot… Kerana dia mungkin jadi gila kerana tidak dapat menerima kenyataan yang kematian adiknya tidak dibela dengan adil…
Semua tau der sultan johor tu mcm mana. Tak payah nk spin cerita la, ni mesti bangsa maksum Johor kan
Taatlah kepada pemerintah selagimana pemerintah tu mengikut alquran dan sunnah. Aku pegang pada kata2 hang jebat, raja yang adil disembah, raja yang zalim di sanggah
B
O
D
E
K
Tapi Sultan Johor sekarang dan TMJ teramat best ok? Kisah silam jgn diungkit lagi,
Sultan johor sekarang best???best pale hotak..haha.Sebelum kata best ikuti dulu perkembangan kes lawyer kamal hisham jaafar kat mahkamah jb sekarang.Baru kamu tahu siapa sebenarnya sultan johor sekarang.Kesian bangsa johor ada sultan keturunan lanun.
si bodoh bodoh sekalian , yang kau baca tu tak sahih. yang atas ni sahih. Prebet adam tu memang kena buli teruk , bukan biasa biasa. cuba kau masuk tentera. silap silap korang pun gila. kau pun tahu manusia punya busuk hati tu boleh mendatangkan fitnah. renung renungkan la , mungkin korang pun busuk hati haha babai
penyamun mmg senang melepaskn diri…
kalau fikir secara logic x kn di sebabkan tekanan mental akibat di buli nk mngamuk di chowkitbdgn membawa m-16? sepatutnya dia dh g tembak semua yg buli dia…
dan secara benarnya dia mmg mngamuk pd sultan johor yg bunuh adiknya dn trlepas dari hukuman yg sepatutnya, nk serang sultan x boleh.. jd dia mngamuk lah di bandar…
sama mcm cerita hang jebat yg mngamuk kerana sultan telah menghukum bunuh hang tuah…
fikir logic sudah….
Sultan tak bunuh hang Tuah. Sekian
Pernah menampar imam besar negara,sbb imam tegur lelaki xboleh pakau emas. Kaum J la tu.
*pakai
Ramai yang tak percaya jugak sebenar… Padahal adik2 dia sendiri dah kata Adam ada masalah kat tempat kerja