no comments

(VIDEO) Traffic Jam! Presiden Indonesia Pak Jokowi Jalan Kaki Sejauh 2KM!

Presiden Indonesia, Joko widodo tidak menunggu lama di dalam kereta, lantas membuat tindakan bijak dengan berjalan kaki sejauh 2 kilometer semalam selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perarakan tentera di sini semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi bersama beberapa pegawai kanan kerajaan dikatakan terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika konvoi mereka hampir sampai ke majlis perarakan yang diadakan sempena ulang tahun penubuhan tentera Indonesia ke-72.

Kejadian berlaku di kawasan sebuah bandar pelabuhan, Cilegon yang terletak kira-kira dua setengah jam perjalanan dari ibu kota Jakarta, kata Istana Presiden.

“Setelah menunggu hampir 30 minit, Jokowi kemudian membuat keputusan untuk berjalan kaki di bawah panas terik mentari,” kata pengawal Jokowi, Ili Dasili dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Negara Tito Karnavian yang juga terkandas dalam lalu lintas itu turut menyertai presiden berbuat demikian.

Rakaman video menunjukkan presiden berjalan kaki dengan kakitangan keselamatan, sementara rakyat menjerit dan menyanyikan namanya.

 

Indonesia merupakan salah sebuah negara paling tidak cekap birokrasi dan terkenal dengan kesesakan lalu lintas di Asia.

Reply