no comments

TPM Mahu Penjawat Awam Terus Bela Kerajaan, Seperti Anak Menghormati Ibu Bapa

tpmTPM Mahu Penjawat Awam Terus Bela Kerajaan, Seperti Anak Menghormati Ibu Bapa

Seperti anak menghormati ibu bapa, itulah perumpamaan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau meminta penjawat awam terus memberi sokongan dan membela kerajaan terutama ketika kerajaan berdepan pelbagai tekanan serta tohmahan daripada pelbagai pihak.

Penjawat Awam Sebagai Anak, Ibu Bapa Sebagai Pihak Kerajaan

Ketika menyatakan harapan itu, Timbalan Perdana Menteri menggunakan analogi penjawat awam sebagai anak, manakala ibu bapa sebagai pihak kerajaan.

“Sebagai anak, tidak sepatutnya ikut sekali ‘sepak kaki dan ketuk kepala ibu bapa’ kalau ada orang lain yang buat begitu.

Tetap Hormat dan Bela Walaupun Berbeza Pendapat

“Walaupun berbeza pendapat, anak tetap perlu tetap hormat dan membela ibu bapa jika ada yang sepak kaki dan ketuk kepala mereka,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-27.

Reply