Anak 2 Tahun Mati.. Kerana Ibunya Lupa Tertinggal Dalam Kereta Selama 4 Jam!
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.
Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga di kawasan parkir hadapan Kolej Vokasional Port Dickson itu, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.
“Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.
“Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson, bagaimanapun, doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Port Dickson petang ini.
–HMetro,Sinar