no comments

Timbalan Menteri Kerja Raya Letak Jawatan, Kerajaan PN Bakal Tumbang?

Spekulasi mengenai peletakan jawatan seorang Timbalan Menteri akhirnya terjawab hari ini apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

“Ya, betul saya meletakkan jawatan,” katanya ringkas kepada BH menerusi WhatsApp yang mengesahkan perkara itu.

Hari ini, tular dalam media sosial surat peletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

“Dengan rasminya, saya mengumumkan meletak jawatan perkara di atas berkuat kuasa mulai hari ini.

“Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat, iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN,” katanya dalam surat berkenaan.

Namun, satu surat peletakan jawatan turut tular di media sosial yang menjelaskan bahawa beliau masih berada di kerusi Perikatan Nasional(PN). Jika surat itu benar, maka dengan ini ianya tidak menjejaskan majoriti sokongan Perikatan Nasional yang ketika ini dengan kelebihan dua kerusi berbanding Pakatan Harapan.

timbalan menteri letak jawatan

Rakyat Malaysia majoritinya juga kurang bersetuju jika berlaku peralihan kuasa pemerintahan Malaysia ketika ini. Malaysia kini berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 dan ianya memberikan kesan yang buruk kepada rakyat. Jika keadaan politik negara juga tidak stabil sedikit sebanyak boleh menjejaskan kerancakan ekonomi di era ancaman Covid-19.

Apa-apapun keputusan yang dibuat oleh ahli politik seharusnya mendahulukan rakyat terlebih dahulu sebelum diri sendiri. Kerana rakyat adalah hakim untuk menentukan siapa yang berkuasa di Malaysia ini.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close