no comments

Tiba-Tiba Isteri Termengandung Lagi, Duit Tak Cukup Ni. Macam Mana

‘Abang, sayang mengandung lagi la! Ok la tu, banyak la abang punya rasa ok, yang anak sekarang pun belum sampai setahun lagi, nanti nak kena pikir duit pengasuh, susu, pampers lagi, macam mana?

Takyah risau lah

Sebagai sepasang suami isteri, ini yang anda perlu tahu dan fahami. Allah mengurniakan rezeki anak kerana Allah sudah mengetahui setiap dari anak kita sudah tersedia rezekinya. Cumanya, kita sebagai mak ayah yang mesti berusaha untuk mereka.

Ini adalah satu perkongsian dari pasangan seorang suami dan Bapa Firdaus Shakirin, yang dikira cukup bermanfaat.

Saya masih ingat lagi wife terjerit-jerit bila dapat sahaj tahu dia mengandung lagi, masa tu adalah anak kedua, ekonomi kami pun tak berapa stabil lagi, kami berdua terpaksa combine gaji untuk bayar hutang dan kos-kos kelangsungan hidup. Boleh kata setiap bulan cukup-cukup makan jelah, jadinya kalau dapat anak seorang lagi, macam mana nak survive?

Sebenarnya setiap anak itu , dia lahir dengan membawa rezekinya sendiri, kalau Allah sudah tahu kelahirannya itu akan membebankan ibu ayahnya, sudah pasti Allah tidak mengizinkan ianya berlaku. Apabila Allah izinkan, maka pastinya sudah terselit hikmah dan ketentuan yang baik-baik sahaja, semua ketentuan Allah tidak akan pernah sia-sia.

“Ma Qadarullah Khair”

Saya masih ingat lagi, sewaktu berbaki 2 bulan sahaja lagi sebelum isteri saya nak bersalin, terdekat dalam hati nak mohon kerja dekat satu company ni, sajalah try apply, tup-tup esok tu terus dapat call dan lusa dah kena hadir interview, semasa interview dia ada bertanya, kenapa nak tukar tempat kerja..

“Sebab keluarga, kos hidup yang tinggi serta mahukan gaji yang mampu menyara kehidupan isteri dan anak anak sekeluarga.

Guess what?

Sebelum selesai interview, HR tu tanya “Lets say u get the position, will u be able to start ASAP? Of course lah yes kan, terus dapat, on the spot, hari yang sama, gaji pun saya dapat seperti yang saya mintak.

Syukur Alhamdulilah, rezeki anak, walaupun dia belum lahir lagi, tapi dia dah pun memudahkan urusan orang tuanya.

Semasa ketibaan anak ketiga pula, hari ahad tu wife saya discharhed from satu hospital selepas dia bersalin, masa tu hari isnin, saya pergi bawak anak pergi check kuning di Klinik Kesihatan, tiba-tiba dapat call dari nombor tak dikenali “Hello Gud Morning, May i speak to Mr Firdaus? My Name is xxxx, and im form Schlumberger, Your resume, experiences, role n responsibility is the one that we are looking for and it fit with our requirements”.

Apa, schlumberger??!!

Saya pun jawablah kat dia, saya masa ada pernah apply pun for any post at your company and curently also not looking for a new job, tapi apa dia cakap , if we need people, we will find them, not u find us, we used resume research, we searh for the type of employee we want, this is the opportunity to double up and increase your salary, just come first, try then we will see how, nothing to lose, u still can work at your current company if u didnt get the job.

Dipendekkan cerita, saya pun cuba, masuk exam, lalu first interview, second interview dan akhir dapat jugak kerja tu, dapat lagi another increment 20% salary naik dan semuanya berlaku semasa isteri saya masih dalam pantang anak ketiga.

Dan sekarang what i got, what i earned i give back to the tempat yang selayaknya , dimana? keluarga saya, isteri dan anak-anak. kongsi dengan dia sama sama. Bila kita niat untuk mereka, insyaAllah Allah akan beri sepertimana yang kita hajatkan, tapi jangan sesekali lupa diri. Usah hilang daratan dan pedoman. Kita tetap kena beri balik kepada family sebab itulah niat asal kita, dan mesti diingati sampai bila-bila.

Kalau tidak bila-bila masa sahaja, Allah akan tarik balik dalam sekelip mata.

Reply