no comments

“Tiada Siapa Tahu Saya Makan Nasi Bungkus Sekalipun”-Noralbaniah Terpaksa Hubungi Pengarah

“Saya takde sumber pendapatan lain, hanya lakonan satu-satunya sumber pendapatan saya”

Begitulah luahan pelakon senior Noralbaniah Rafi yang kini berusia 52 tahun. Beliau sudah berada dalam industri seni lebih dari tiga dekad lamanya.

Noralbaniah turut memaklumkan, dia sama sekali tidak kisah dan sanggup menebalkan muka untuk menghubungi mana-mana pengarah atau produser untuk bertanyakan sekiranya ada kekosongan pekerjaan sebagai pelakon.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon ketika baru sahaja berusia 19 tahun. Noralbaniah mengatakan, situasi sekarang sangat berbeza berbanding zaman mudanya dulu.

Kalau dulu, pelakon ni hany tunggu sahaja panggilan telefon daripada syarikat produksi, mesti ada tawaran lakonan, tapi sekarang , dengan adanya ujian pandemik C0vid-19, peluang untuk mendapat pekerjaan lakonan itu semakin sukar dan mencabar.

“Dalam keadaan sekarang ni, saya memang tidak boleh duduk diam sahaja tunggu orang panggil. Mesti ambil inisiatif.

“Kalau dulu, saya mungkin boleh bersenang-lenang, tunggu aje produk call, tapi sekarang, saya sendiri yang kena cari tawaran lakonan.

Noralbaniah turut mengakui yang dirinya tidak boleh hanya bergoyang kaki menantikan pekerjaan datang kepadanya. Usaha perlu dimulakan dari dirinya sendiri.

Beliau yang juga anak kelahiran Perak itu berkata, dia perlu lebih agresif bertindak untuk menghubungi syarikat produksi untuk bertanyakan sekiranya ada tawaran lakonan atau mungkin ada watak yang sesuai.

“Takde apa yang kita perlu malu, tak salah pun membuang ego. Saya pun memang tiada sumber pendapatan lain, lakonan sahajalah satu-satunya perkara yang saya tahu untuk dapat pendapatan.

“Saya pula mencari rezeki hanya bersendirian, jadi tak bolehlah terlalu memilih kalau ada tawaran, kongsinya.

Beliau yang juga ibu tunggal kepada seorang anak, Syara yang kini berusia 27 tahun berkongsi lagi, dia sangat bersyukur kepada mempunyai kakak dan abang yang sentiasa prihatin dengan nasib dirinya selepas pemergian suami tercinta 26 tahun lalu. Allahyarham suaminya Sudarman Daud telah pergi kerana kemalangan yang menimpa dirinya.

“Adik beradik banyak jugak bantu dari pelbagai segi, malah sokongan yang mereka berikan kepada saya buatkan hidup saya ni tak pernah rasa sunyi.

“Zaman terkini apabila C0vid-19 melanda di seluruh dunia membuatkan kehidupan saya sebagai anak seni semakin mencabar.

“Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur, sebab tawaran berlakon masih tidak putus, malah saya juga kena sentiasa memperingatkan diri dan tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah seperti artis lain, ujarnya.

Noralbaniah yang menjadi pelakon kepada filem Adik, Main-Main Hantu dan Kolej 56 itu berkongsi, dia cukup bernasib baik kerana habis sahaja sesi penggambaran, barulah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan.

“Jadi masa tu saya sempatlah menerima bayaran dari syarikat produksi. Hasil pendapatan tu saya gunakan dengan penuh jimat cermat untuk memenuhi keperluan harian.

‘Saya memang tiada sumber pendapatan lain, tambah lagi usia dah begini, saya akan lebih berwaspada dan tak habiskan duit sesuka hati.

Tiada siapa pun yang tahu saya makan nasi bungkus sekali pun.

Noralbaniah semasa berlakon dalam filem produksi Jakarta Indonesia bersama Hero popular ketika itu Rano Karno

Lagi satu, saya pun jenis yang tak pandai nak bermewah-mewah, mungkin sebab saya ni dah berumur, saya pun takde apa yang nak dipamerkan samada kesusahan atau kesenangan.

“Lagipun saya ni jarang mengemaskini media sosial, orang luar pun tak nampak dan tak tahu macam mana kehidupan saya hari ini.

“Orang luar pun tak pernah tahu mungkin ada hari-hari saya pergi makan di restoran mewah.

‘Tiada siapa juga yang akan tahu kalau ada makan nasi bungkus sekal, hal ini kerana saya hanya suka berkongsi hal berkaitan kerjaya saya di media sosial. Kongsinya.

Pelakon senior itu berkata, mungkin disebabkan faktor usia, pelakon drama Scammer itu kurang aktif untuk sentiasa mengemaskini media sosialnya.

Bagi beliau, kita tidak perlu takut sekiranya tidak mendapat tawaran berlakon kerana tidak selalu mengemaskini laman sosial, kerana beliau percaya dengan rezeki. Itulah yang dipegangnya.

Beliau pada awal dalam bidang lakonan dahulu adalah atas pelawaan pelakon dan pengarah Ahmad Fauzee, melihat kepada perkembangan terkini dan ramainya pelakon baharu yang muncul bagai cendawan tumbuh dan beliau sendiri kurang berminat untuk mengkritik mereka.

Bagi beliau, pelakon baharu perlu diberi peluang, bukannya terus dikritik.

“Saya tengok sekarang ni, kebanyakan pelakon baharu yang muncul tidak mempunyai bakat lakonan, sebaliknya masih lagi baru. Saya berpandangan kita perlu beri peluang dan masa untuk mereka untuk baiki kemahiran dalam dunia lakonan.

‘Semasa saya baru menceburi bidang lakonan dulu, saya pun baru berusia 19 tahun. Ahmad Fauzee lah orang yang bertanggungjawab membawa nama saya dalam dunia seni.

“Beliau juga banyak sangat beri tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman sepak terajang dalam dunia seni.

“Saya pun memang tiada masalah untuk mengajar bakat baharu jika diberikan peluang atau ada yang ingin mendapatkan tunjuk ajar semasa di lokasi penggambaran.

“Tetapi, sekiranya mereka tidak berminat, terpulanglah kepada mereka, ujar Albaniah.

Kongsinya lagi,beliau pun tak pandai untuk bersikap sombong, sebaliknya dia juga tidak akan membalas semula dengan bersikap sedemikian kalau ada pelakon baharu yang bersikap sombong.

“Pada saya, saya akan cuba melayan mereka dengan baik, walaupun ada yang berlagak. Bukannya apa, industri kita ini tidak besar mana, bagaimana nak bekerjasama kalau asyik nak tunjuk sikap sombong.

“Lagipun saya tetap berpegang kepada pesanan bapa saya, kalau nak jadi pelakon, jangan mudah rasa diri hebat, kata-kata itulah yang saya pegang hingga ke hari ini. Katanya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close