‘Hati Saya Hancur, Derita tu Hanya Saya & Anak Yang Tanggung. Bila Dia Minta Maaf, Sukar Utk Terima’ – Balu Anggota TLDM
Isteri kepada Allahyarham Laskar Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizal, yang menjadi mangsa k0rban pemandu wanita myvi belum bersedia memaafkan perbuatannya itu.
Nurul Asyiken Amir, berkata dia dan tiga anaknya masih berada dalam keadaan terkejut dan sedih sehingga memberi kesan emosi mendalam kepada mereka.
“Saya tidak dapat berikan jawapan sama ada kami maafkan pemandu wanita itu kerana sukar mengungkapkan kata-kata itu.
“Anak sulung berusia lima tahun sudah menonton video kereta bapanya dirempuh wanita itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu langgar papa sampai mati.’
“Hati saya hancur. Derita itu hanya saya dan anak yang akan tanggung. Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima,” katanya.
Terdahulu, pemandu Perodua Myvi berkenaan, Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, memohon maaf dan ampun kepada keluarga Allahyarham berikutan kemalangan menyebabkan mangsa m4ut.
Nur Fatin berkata demikian ketika prosiding di Mahkamah Majistret, hari ini ketika dihadapkan atas tuduhan memandu kereta di bawah pengaruh d@dah hingga menyebabkan kem4tian Mohd Rizal di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 8.24 pagi, 10 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Nurul Asyiken yang juga guru agama di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, berkata kejadian berkenaan membuatkan emosi terganggu menyebabkan dia dan anaknya berada dalam kesedihan.
“Saya bukan tidak menerima suratan takdir, namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini hancur.
“Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih,” katanya.
Namun, Nurul Asyiken berharap wanita itu insaf dan menyesali perbuatannya selain tidak mengulanginya semula kesalahan sama pada masa depan.
“Saya harap benda ini dijadikan iktibar kepada orang ramai di luar sana supaya berhati-hati ketika memandu kerana sebarang kesilapan membuatkan ada keluarga hilang insan paling mereka sayangi, ” katanya.
Pemandu myvi itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.40 pagi memakai jaket berwarna hitam dan dilihat disorong dengan kerusi roda diiringi anggota polis trafik pengiring.
Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh d4dah.
Majistret turut memerintahkan Nur Fatin dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.
Sabtu lalu, polis dilaporkan menahan pemandu Perodua Myvi berkenaan selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, hingga menyebabkan Mohd Rizal maut.
Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial sejak Sabtu lalu menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.