no comments

Tiada Larangan ‘Kapcai Masuk Bandaraya Kuala Lumpur’ – Menteri

Tiada Larangan ‘Kapcai Masuk Bandaraya Kuala Lumpur’ – Menteri

Setelah mendapat kritikan ramai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiada larangan terhadap ‘kapcai’ (motosikal bersaiz kecil) di bandaraya Kuala Lumpur.

“Jangan bimbang, kami tidak akan melaksanakan larangan itu. Sebelum ini saya berkata hanya kemungkinan kita akan melarang, bukan untuk melaksanakannya,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata kementerian itu tidak akan meneruskan larangan tersebut jika rakyat menolak cadangan ini.

“Kita akan sentiasa melihat dengan cara yang betul tanpa membebankan rakyat. Saya tahu ramai orang menggunakan kenderaan jenis ini, terutama untuk ke tempat kerja, kerana ianya murah. Kami tidak akan berbuat demikian jika rakyat tidak setuju. Apa yang boleh kita lakukan? Kami akan ikut kehendak rakyat,” katanya.

Tengku Adnan mengulangi bahawa kemungkinan larangan hanya boleh dilaksanakan jika terdapat pengangkutan alternatif lain yang murah.

mStarĀ 

Reply