no comments

Tiada Hujan, Tiada Ribut, ‘Angin Misteri’ Tiba-Tiba Terbangkan Kanopi Di Tanah Perkuburan

Tular baru-baru ini sebuah video memaparkan suasana kejadian angin kuat di sebuah tanah perkuburan.

Video itu dikongsikan oleh seorang personaliti TV, Iesya Toh di facebook dan instagram miliknya.

Menerusi video itu, sebuah kanopi dipasangkan ketika pengebumian namun kelihatan terbang sehingga berpusing di udara.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Tanah Perkuburan di Kota Damansara. Apa yang anehnya, cuaca ketika itu sangatlah baik, tiada hujan, tiada ribut, pokok-pokok di sekeliling juga tidak bertiup, namun tiba-tiba saja datang angin kuat menerbangkan kanopi itu.

Lantaran itu, seorang pengguna media sosial, (yusof nasir) memberikan respon dengan mengatakan kejadian tersebut melibatkan adiknya yang bekerja sebagai penggali kubur.


“Kejadian ini telah melibatkan adik saya… dia cuma penggali kubur di kawasan ini dan menjalankan tugas sahaja.

“Segala apa yang terjadi pada arwah dan kejadian ini hanyalah rahsia Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui,” tulisnya.

Yusof juga turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat adiknya yang cedera.

“Adik saya mengalami patah tulang pinggul, rusuk dan tangan

“Mohon doa kawan-kawan dan sahabat handai untuk kesembuhan adik saya, terima kasih,” pohonnya.

 

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan arwah dan juga adiknya.

raydapdap – Ya Allah Usop semoga di permudahkan urusan tau .. lain macam angin tu.

aidabaqi_al_ahmadi – Innalillahiwainnailaihirojiun… Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh… Semoga Allah jadikan kubur

arwah ni taman-taman syurga. Amin semoga adik tuan cepat sembuh.

myafiz – SyafakAllah buat adiknya… semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT.

pastelicecreambysrizza – Selalu kalau kat tempat saya angin lalu memang habis semua atap rumah tercabut. Bukan sekali, dua kali. Selalu jugak.

zoerieyzain – Astaghfirullahalazim. Kejadian Apakah ini?

Reply