no comments

Tiada Angin Tiada Ribut Tiba-tiba Diana Danielle Failkan Permohonan Cerai Dengan Farid Kamil. Ini Sebabnya

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba hari ini tular di media sosial kisah artis terkenal tanah air iaitu Diana Danielle memfailkan penceraian terhadap suaminya Farid Kamil awal bulan lalu.

Pelakon terkenal Diana, 32, dikatakan telah membuat permohonan itu atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan di dalam rumah tangga mereka.

Sebutan permohonan cerai itu telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu ketika permohonan dibacakan.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac tahun ini.

Untuk pengetahuan semua Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Diana Danielle Farid Kamil

‘Saya sayangkan Diana, nak selamatkan rumah tangga’ – Farid

Aktor dan pengarah terkenal tanah air, Farid Kamil kini berdepan masalah rumah tangga selepas isterinya, Diana Danielle membuat tuntutan cerai, pagi ini.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, sangat berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.

Menurutnya, keengganannya melafazkan talak juga disebabkan masih sayangkan keluarganya.

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.

“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.

“Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Walaupun berdepan k0nflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya.

farid kamil dan keluarga

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi pɛnggambaran. Alhamdulillah, f0kus saya kini lebih kepada mɛncari nafkah,” katanya.

Tɛrdahulu, berita kemelut rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cɛrai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada pɛrsefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cɛrai disɛbut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini.

Bagaimanapun, Farid enggan mɛlafazkan cɛrai terhadap Diana.

Sɛhubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk mɛnjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Farid dan Diana mɛndirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil pɛrkongsian hidup, mɛreka dikurniakan sɛpasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Kami sebagai peminat mendoakan supaya pasangan ini dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dan juga berharap cerai bukanlah jalan terakhir yang diambil oleh kedua-dua pasangan ini.

Reply