no comments

TEROWONG RUNTUH DI SIMPANG EMPAT JALAN IMBI

TEROWONG RUNTUH DI SIMPANG EMPAT JALAN IMBI.jpg

Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu runtuh pada jam 10.30 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan.

Susulan kejadian itu, Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Reply