no comments

Terkini! Uqasha Senrose Mengaku Tidak Lagi Bertudung

Terkini! Uqasha Senrose Mengaku Tidak Lagi Bertudung

Terbaru, pelakon Uqasha Senrose melalui pendedahan eksklusif kepada BH Online mengakui bahawa dia kini tidak lagi berhijab. Tambahnya lagi, dia bersedia menerima apa saja cercaan dan kecaman dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.

Dia mahu menjadi dirinya sendiri dan dan tidak mahu lagi dibayangi dengan kisah bertudung sebelum ini. Malah katanya, dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan.

Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab.

“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.

gambar terbaru uqasha senrose tidak bertudung

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close