no comments

TERKINI! Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula 21 Hingga 27 September 2017

Sedia maklum, mekanisme harga bahan api negara kini ditetapkan setiap minggu sejak diperkenalkan pada April lalu.

Selepas 11 minggu berturut kenaikkan kedua bahan api ini, minggu ini menyaksikan penurunan!

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada RM2.19 seliter (TURUN 2 SEN) berbanding sebelum ini RM2.21 dan RON97 pula RM2.49 seliter (TURUN 3 SEN).

Manakala harga bagi diesel TURUN 4 SEN dan akan dijual pada harga RM2.10 seliter.

Harga minyak yang diumumkan pada setiap hari Rabu ini, akan berkuatkuasa pada tengah malam ini dari 21 September sehingga 27 September 2017.

Reply